Kerajaan akan memperluas kebenaran bekerja dari rumah bagi sektor awam dan sektor industri di negeri-negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Itu yang dikatakan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam mesyuarat hari ini.
Ia berikutan dengan ibu bapa mengalami kesulitan memandangkan sekolah ditutup sehingga akhir tahun ini di semua negeri. Lapor Harian Metro.
Selepas mendengar pembentangan daripada wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), mesyuarat bersetuju untuk memberi kebenaran bekerja dari rumah bagi sektor awam dan sektor industri di negeri-negeri yang dikenakan PKPB dan PKPP.”
Seperti pekeliling yang diedarkan sebelum ini, bagi sektor awam, jumlah kehadiran adalah maksimum 30 peratus yang akan ditentukan oleh ketua jabatan masing-masing.
“Manakala bagi sektor industri, maklumat lanjut akan diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam masa terdekat.”
Bagaimanapun, arahan bekerja dari rumah ini tidak membabitkan sektor tidak formal seperti peruncitan, restoran, perladangan, pertanian dan perikanan.
Baca : “Tak munasabah kerja dari rumah dengan gaji, elaun penuh”- Persekutuan Majikan Malaysia