Haa, siapa je yang tak suka makan roti canai kan? Tambah-tambah lagi harga dia tak adalah terlalu mahal tapi boleh buat kenyang.
Pun begitu, makanan kegemaran rakyat Malaysia ini dijangka akan naik harga. Menurut beberapa laporan, beberapa pasar raya telah pun menaikkan harga tepung gandum serta ada yang tak mempunyai bekalan yang cukup.
Kenaikan ini berlaku walaupun Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan mengatakan keputusan India untuk hentikan eksport tepung gandum tidak memberi kesan ke atas malaysia kerana 80% tepung gandung diimport dari Australia dan selebihnya dari Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine.
Namun begitu, menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Jawahar Ali Taib Khan, tepung gandum telah pun naik harga sebelum sekatan eksport India lagi.
Katanya, kalau sebelum ini tepung gandum sebanyak 25kg telah dijual pada harga RM45 sekarang ia telah dinaikkan ke RM65, lapor FMT.
Untuk pengetahuan korang, harga roti canai sekarang dijual bermula dari RM1.20 ke RM1.70.
“Diet je lah lepas ni”
Di media sosial, ramai netizen telah meluahkan rasa tak puas hati dengan kenaikan harga yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Malah, ada yang sampai nak stop makan roti canai lepas ni.
Hm, harga naik tapi gaji maintain…
Baca: Kos Gandum Meningkat, Kedai Mamak Mungkin Terpaksa Naikkan Harga Roti Canai