in

“Semua ada maksudnya” – [VIDEO] Lelaki Tegur Cara Betul Pakai Tanjak & Tengkolok

seni tanjak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini, kita boleh lihat ramai anak muda yang semakin suka untuk menggayakan tanjak dan tengkolok dalam majlis-majlis keramaian malah ada juga yang sudah mula memakainya sebagai pakaian harian.

Mungkin masih ramai yang melihat ia ibarat sebuah gaya fesyen tetapi sebenarnya setiap posisi dan ikatan tanjak itu mempunyai maksud dan melambangkan sesuatu.


Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @zack.jebat97 berkongsi cara betul memakai tanjak atau tengkolok.

@zack.jebat97

Maaf saya pun masih belajar ?? #fyp #fypシ #zackjebat

♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir

“Saya pun bukan pakar mengenai busana Melayu, cuma saya nak pesan sikit, pengikat belakang itu sebenarnya bukan letak dekat belakang, dia kena letak dekat telinga belah kiri” katanya.

Dia juga berpesan untuk lakukan sedikit kajian menggunakan internet atau buku-buku untuk mengetahui cara betul yang memakai tanjak atau tengkolok, malah dia juga memberitahu kajian itu perlu kerana tanjak ini mempunyai banyak jenis.

Dalam video yang lain dia juga ada menunjukkan demonstrasi yang betul pemakaian tanjak, mudah je!

@zack.jebat97

Reply to @ahk195 terima kasih atas perkongsian ilmu , senang cerita mengikut tanjak atau tengkolok itu direka . #fyp #fypシ #zackjebat

♬ 7 Nasihat – Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Kmy Kmo & Luca Sickta

Dalam ruangan komen, terdapat sebuah komen yang juga berkongsi makna disebalik pemakaian serta seni lipatannya dengan lebih tepat.

tnjk

Penuh berseni kan? Kalau siapa nak pakai tanjak tu, jangan lupa buat kajian sikit ya!

Baca: “Bertanjak ke Hollywood” –  Shaukat Jadi Penggusti Malaysia Pertama Ke ‘Reality of Wrestling’

Shaukat Jadi Penggusti Malaysia Pertama Ke Reality of Wrestling 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.