Tidak dinafikan, teknologi sememangnya banyak membantu manusia dalam kehidupan seharian. Namun begitu, kita perlulah bijak dalam menggunakan sebab takut jadi terlalu taksub sampai memudaratkan diri pulak.
Bercakap pasal kebaikan teknologi, seorang wanita berjaya menyelamatkan nyawanya sendiri selepas sempat menelefon talian kecemasan ketika dia diserang dan ditanam hidup-hidup oleh suaminya.
Sumber melaporkan, mangsa, Young Sook An, 42, yang tinggal di Washington, Amerika Syarikat, telah dipukul oleh suaminya ketika sedang menukar pakaian. Dia bagaimanapun, sempat mendail talian kecemasan menerusi Apple Watch yang dipakainya dan talian berjaya disambungkan.
Pun begitu, Young tidak sempat menceritakan kejadian yang menimpanya kepada operator kerana suaminya menyedari tindakan terbabit dan segera bertindak merosakkan peranti pintar terbabit menggunakan tukul besi.
Young kemudiannya diikat di bahagian tangan dan kaki dengan menggunakan pita pelekat oleh suaminya, Chae Kyong An, sebelum membawanya ke kawasan hutan berdekatan lalu menikam mangsa di bahagian dada berulang kali sebelum menanamnya hidup-hidup dalam sebuah kubur cetek.
Operator hanya dengar bunyi orang bergelut dan suara yang tak jelas
Menurut operator talian kecemasan yang menerima panggilan mangsa, dia hanya mendengar bunyi pergelutan dan suara yang tidak jelas ketika talian disambungkan.
Bagaimanapun, polis dihantar ke lokasi setelah berjaya menjejaki lokasi Apple Watch terbabit selepas operator terdengar bunyi seperti pukulan berkali-kali.
Young bagaimanapun, berjaya keluar daripada kubur cetek berkenaan selepas beberapa jam dia dilaporkan hilang oleh anaknya. Mangsa yang mengalami beberapa kecederaan termasuk kesan tikaman di dada sempat pergi ke rumah yang berdekatan bagi mendapatkan bantuan.
Rupanya tengah lalui proses penceraian
Hasil siasatan polis kemudiannya mendedahkan, suspek berusia 53 tahun menyerang mangsa selepas mereka bergaduh mengenai wang dan penceraian mereka.
Oleh kerana mahu menyimpan wang pencennya, suspek yang sudah banyak kali mengugut mahu membunuh mangsa menyerangnya ketika dia sedang menukar pakaian.
Chae Kyong An telah diberkas pihak berkuasa tak lama selepas penemuan mangsa dilaporkan. Polis juga telah berjaya menemukan kubur cetek yang digali suspek dimana beberapa helaian rambut, cebisan pita pelekat dan seutas Apple Watch yang sudah rosak ditemukan di dalamnya.
Sumber: Timesnownews
Baca: Beri Amaran Tekanan Jantung Tak Normal, Apple Watch Kesan Kanser Pada Budak 12 Tahun