Ucapan penyanyi, Amira Othman buat bakal suaminya, Fattah Amin sempena hari lahir yang ke-35 pelakon tersebut telah menjadi perhatian peminat kedua-dua artis berkenaan.
Amira yang popular dengan lagu berjudul Hati Hati itu telah mengucapkan selamat hari lahir dan turut menitipkan doa buat Fattah menerusi platform media sosial Thread.
Artikel Berkaitan: “Fattah lelaki yang baik, anak yang baik” – Amira Othman
Artikel berkaitan: “Rakan sekerja ke rakan serumah” – Amira Othman & Fattah Amin Bakal Bernikah!
Happy Birthday Fattah Amin. Moga Allah kurniakan rahmat, berkat, kasih sayang, rezeki, kebahagiaan, iman dan kesihatan tubuh badan. Semoga yang baik2 untuk manusia sebaik awak. Selamat menyambut ulang tahun yang ke 35,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat mereka berdua turut mengucapkan selamat hari lahir kepada pelakon yang popular dengan drama Suri Hati Mr Pilot dan Hero Seorang Cinderella itu.
Pasangan ini akan disatukan menjadi suami isteri pada malam ini dan acara akad nikah mereka juga bakal ditayangkan menerusi siaran langsung di Unifi TV.
Menurut pengurus Fattah Amin, 14 September yang juga merupakan tarikh lahir Fattah itu telah dipilih oleh Amira menjadi tarikh ijab kabul mereka sebagai simbolik hadiah untuk Fattah, lapor Melodi.
Sumber: Thread Amiraaothman