Dunia sekali lagi menyaksikan satu usaha murni yang cukup luar biasa apabila misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla memulakan pelayaran bersejarah dari Barcelona menuju ke bumi Gaza. Di sebalik kapal yang membawa lebih 1,000 aktivis dan doktor, tersimpan satu pemandangan yang mampu meruntun jiwa sesiapa sahaja yang melihatnya.
Kapal tersebut dipenuhi dengan ribuan beg sekolah yang berwarna-warni, namun apa yang menjadikannya sangat istimewa adalah kerana setiap beg tersebut dikemas dan disediakan sendiri oleh kanak-kanak di Barcelona. Ia merupakan satu simbolik solidariti dan kasih sayang yang tulus daripada anak-anak kecil di Sepanyol buat rakan sebaya mereka di Palestin yang kini sedang berdepan dengan penderitaan.
Artikel berkaitan: “Tugasan mencabar & penuh risiko” – MB Selangor Ketuai Delegasi Global Sumud Flotilla 2.0, Bawa Amanah PM Ke Gaza
Artikel berkaitan: “Korang nak simpan bini dalam rumah, silakan” – PU Rahmat Pertahan Tindakan Ardell Aryana Sertai Misi Sumud
@allie_202_ BARCELONA LAUNCH TOMORROW ‼️⛵️❤️ Follow @Global Sumud Flotilla #politics #news
Membawa Harapan Buat Kanak-Kanak Gaza
Misi ini bukan sekadar penghantaran bantuan biasa, malah ia membawa mesej moral yang sangat mendalam. Di saat Gaza dilaporkan menjadi wilayah dengan bilangan kanak-kanak kudung (amputee) tertinggi di dunia akibat konflik berpanjangan, kehadiran pasukan perubatan pakar dalam flotilla ini menjadi sinar harapan buat mereka.
Selain bekalan ubat-ubatan, beg sekolah kiriman kanak-kanak Barcelona itu diharapkan dapat mengembalikan semula semangat “kembali ke sekolah” buat adik-adik di sana.
Tekad Memecahkan Kepungan Demi Kemanusiaan
Meskipun menyedari risiko besar yang menanti di tengah lautan, pasukan sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang profesional ini tetap tekad untuk mendarat di pantai Gaza. Matlamat mereka hanya satu iaitu untuk memecahkan kepungan dan memastikan bantuan kemanusiaan serta bahan binaan untuk memulihkan infrastruktur yang musnah dapat sampai terus kepada rakyat yang memerlukan.
Sumber: TikTok
