in

Sembilan Sekeluarga Maut Lepas Makan Mi Yang Disimpan Setahun Dalam Peti Sejuk

Ft Racun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasa tak simpan makanan yang tak habis dalam freezer? Kan orang cakap simpan dalam freezer boleh tahan lama.


Tapi lain pula ceritanya buat satu keluarga ini.

Mereka dipercayai maut selepas makan mi yang disimpan dalam peti sejuk selama setahun.

Setahun? Bukan makanan ada jangka hayat ke?

Makanan tersebut dimasak menjadi hidangan mi yang dikenali sebagai Suantangzi, hidangan popular masyarakat Cina.

 

Capture 6

 

Kejadian yang berlaku di China itu menyebabkan tujuh orang dewasa daripada ahli keluarga itu maut, lima hari selepas menikmati hidangan itu.

Manakala mangsa kelapan menyusul dua hari kemudian dan mangsa terakhir Li, meninggal pada hari Isnin lalu.

Ish, tak sangka min keracunan makanan boleh jadi teruk macam ni!

Capture 1 7

 

Tak minat hidangan punca terselamat 

Walaubagaimanapun, tiga orang kanak-kanak terselamat daripada mengalami keracunan itu kerana mereka tidak menyentuh makanan yang dihidangkan.

Menurut laporan Daily Star, kanak-kanak tersebut tidak meminati rasa hidangan tersebut.

Nasib baik kanak-kanak tu tak minat hidangan tu, kalau mesti perit mereka nak tahan sakit itu…

Keracunan daripada asid bongkrek seringkali membawa kepada kematian Pengarah Keselamatan Makanan, di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Heilongjiang, Gao Fei

Simptom yang ditunjukkan akibat keracunan asid bongkrek ialah mengalami sakit perut, berpeluh, kelemahan genus, koma serta boleh boleh menyebabkan berlakunya kes kematian dalam tempoh 24 jam.

Jadi korang yang simpan makanan dalam freezer tu, rajin-rajinlah check, jangan nanti menyesal sendiri!

 

Baca : Wanita Maut Beberapa Jam Selepas Makan Popia Yang Dibeli 3 Hari Lepas

Capture 6 14

Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.