in

Semangat Juang Tinggi, Pemain Bola Sepak Bawah Umur Raih Pujian Netizen

Bola Sepak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa yang akan anda lakukan sekiranya rakan dalam keadaan putus asa atau kecewa? Adakah anda akan mententeramkan mereka atau meratapi kesedihan bersama-sama?

Baru-baru ini, terdapat satu video tular yang memaparkan satu pasukan bola sepak kanak-kanak bertanding dalam satu pertandingan.


Dalam perlawanan tersebut, penjaga gawang mereka gagal melakukan tendangan penalti. Sudah tentulah, hampir semua pemain rasa kecewa.

Korang boleh lihat gelagat pemain bola cilik berkenaan dalam video di bawah:

Artikel berkaitan: Kedai Mamak Jadi Riuh, Peminat Bola Sepak Raikan Kemenangan Spain Jadi Tular

Artikel berkaitan: 7 Pemain Bola Sepak Antarabangsa Yang Nyatakan Sokongan Kepada Palestin

Namun, ada seorang pemain yang berjaya mencuri hati netizen. Manakan tidak, dia bertindak mententeramkan pemain lain agar bangkit dan tidak bersedih dengan kekalahan masing-masing.

Tindakannya itu persis permainan bola dunia Cristiano Ronaldo yang sering memberikan semangat buat teman-teman sepasukannya.

Rata-rata netizen terharu dengan semangat pemain itu dalam memastikan pemain lain agar bangkit dari kekecewaan. Namun, berita gembira bagi adik ini adalah pada akhir perlawanan, pasukan mereka berjaya meraih kemenangan!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.