in

Selepas B40, Kini Golongan M40 Boleh Mohon Skim Internet Selangor Mulai Esok

Fi Sel 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita baik untuk rakyat Selangor!


Bermula esok, golongan M40 di negeri ini boleh memohon ‘Skim Internet Selangor’ yang ditawarkan oleh kerajaan negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI)

Inisiatif ini dikenali sebagai SISM40, dan akan dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui perkhidmatan  unifi. Di mana, kerajaan negeri telah memperuntukkan subsidi internet khusus untuk golongan M40.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, skim tersebut melengkapi inisiatif oleh kerajaan negeri yang dah diperkenalkan sebelum ini.

Sel 2

Tambahnya lagi, inisiatif ni sangat diperlukan untuk membantu rakyat menempuh tempoh yang mencabar kini.

“Kita semua maklum, pandemik Covid-19 yang melanda lebih daripada setahun ini memberi kesan besar kepada pendapatan rakyat dan sebelum ini inisiatif kerajaan negeri tertumpu kepada membantu golongan B40, namun kita juga sedar bahawa golongan M40 turut terkesan.

“Justeru kerajaan negeri bekerjasama dengan TM bagi memperkenalkan SISM40 sebagai usaha membantu rakyat Selangor menghadapi norma baharu dalam era digital. Terima kasih saya ucapkan kepada TM kerana bersama-sama dengan kerajaan negeri bagi membantu merealisasikan program yang baik ini.

 “Saya menyeru agar lebih banyak lagi pihak swasta untuk tampil bersama-sama kami dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat di saat-saat sukar sebegini,” katanya.

Selain itu menerusi SISM40 ini juga, setiap isi rumah akan dapat subsidi antara RM10 hingga RM 30 sebulan untuk tempoh setahun. Caranya adalah dengan melanggan satu daripada lapan pakej ditawarkan di bawah Pakej Keluarga, Pakej Bujang dan Pakej Asas.

Kerajaan negeri turut bekerjasama dengan 56 pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN), untuk pastikan seramai mungkin yang layak untuk dapat manfaat dari skim SISM40 ini.

Kalau korang nak tahu maklumat lanjut tentang proses pendaftaran dan syarat kelayakan, boleh tengok laman sesawang https://sism40.com.my/. Boleh juga tanya di talian bantuan 03-5030 4595/4596 (Isnin –Jumaat 9.00 pagi – 5.00 petang) kecuali pada cuti umum.

Baca : Selangor Beri RM1,000 Khairat Kematian Kepada Keluarga Pesakit Covid-19 Yang Meninggal Dunia

Foot Sel 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.