fbpx
in

Selangor Beri RM1,000 Khairat Kematian Kepada Keluarga Pesakit Covid-19 Yang Meninggal Dunia

Ft Pakejselangor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah mengumumkan Pakej Kita Selangor 2.0 semalam, secara maya. Menurutnya, pakej itu terbahagi kepada 3 strategi meliputi 25 inisiatif dengan jumlah peruntukan sebanyak RM551.56 juta.


Menurut Awani, beliau berkata pakej dari kerajaan negeri itu akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat Selangor. Antara salah satunya adalah bantuan kewangan buat keluarga pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di mana ia dikategorikan dalam Strategi Pertama: Menjaga Kebajikan dan Kelangsungan Hidup Rakyat.

Sel1

Bagi keluarga pesakit Covid-19, mereka akan mendapat sumbangan khairat kematian berjumlah RM1,000 untuk setiap pesakit yang meninggal dunia di Selangor, lapor Berita Harian.

Bagi melaksanakan inisiatif ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM1.5 juta.”

Pelbagai inisiatif lain yang diumumkan beliau semalam dan berikut adalah 3 strategi dan 25 inisiatif berserta jumlah peruntukan dari kerajaan negeri Selangor:

Strategi Pertama : Menjaga Kebajikan dan Kelangsungan Hidup Rakyat
    • Program bakul makanan (RM3.28 juta)
    • Bantuan kewangan kepada keluarga pesakit COVID-19 yang meninggal dunia (RM1.5 juta)

Mayat4

    • Bantuan khas RM500 OKU (RM600,000)
    • Moratorium usahawan Hijrah Selangor selama 1.5 bulan (RM11.35 juta)
    • Hotline khusus aduan keganasan rumah tangga (RM100,000)
    • Penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran bagi graduan tahun 2021 (RM1.3 juta)
    • Program tuisyen rakyat Selangor (PTRS) (RM2.1 juta)
    • Portal ePTRS.my (RM500,000)
    • Penangguhan bayaran sewa PPR dan Smart Sewa (RM900,000)
    • Bantuan khas buat pengusaha dan guru pendidikan awal (Tadika) (RM500,000)
    • Penangguhan bayaran pinjaman pelajaran biasiswa Yayasan Selangor (YS) (RM1 juta)
    • Bantuan mahasiswa Selangor (RM1.5 juta)
    • Bantuan kewangan sektor pelancongan di negeri Selangor (RM2.55 juta)
    • Data internet Selangor (RM17.5 juta)
    • Skim Internet Selangor kategori M40 (SISM40)

 

Strategi Kedua : Menyelamatkan Industri dan Sektor Ekonomi serta Usahawan di Selangor

    • Selangor Advance (RM200 juta)
    • Program Jaminan Bekalan Makanan (RM10 juta)
    • Program Agro Prihatin (RM1.5 juta)
    • Program Peningkatan Hasil (RM1.93)
    • Pinjaman Hijrah Selangor (RM80 juta)
    • PLATS Selangor

 

Strategi Ketiga : Kawalan Kesihatan Untuk Mengekang Penularan Wabak

Swab

    • Ujian Saringan COVID-19 Komuniti Fasa 3 (RM10.7 juta)
    • Home Assessment Tool’ (RM1.25 juta)
    • Rebat pengangkutan bagi pengambilan vaksin (RM1 juta)
    • Kawalan kesihatan di tempat kerja (RM500,000)

Baca: Kerajaan Akan Tambah Trak Vaksin Bergerak Terutamanya di Kawasan Zon Merah Sekitar Lembah Klang – KJ

Ft Vaccinetruck

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top