Tiada angin, tiada ribut, penyanyi serta cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob mengesahkan sudah bercerai dengan isterinya, Azrene Soraya Abdul Aziz.
Dalam laporan Kosmo!, Fazley berkata keputusan tersebut dilakukan atas persetujuan bersama selepas 18 tahun bergelar suami isteri.
Artikel berkaitan: Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin?
Artikel berkaitan: “Harap mereka diberi ruang” – Fazley Yaakob Tahu Penceraian Adik Melalui Media Sosial
“Saya sendiri telah memfailkan penceraian beberapa bulan yang lalu dan tempoh idah telah pun tamat.
Empat anak kami kini di bawah hak jagaan bersama. Semoga dengan penjelasan ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini,” katanya.
Pun begitu, pelantun lagu Asmara Ini itu berkata, hubungan dengan bekas isterinya masih kekal baik dan masih sama sewaktu mereka mula-mula berkenalan dahulu.
Hasil daripada perkahwinan selama lapan belas tahun, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah 13 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma kini berusia 7 tahun.
Difahamkan, keempat-empat anak mereka itu dibawah hak jagaan bersama.
Sumber: Kosmo!