Baru-baru ini negara digemparkan dengan penahanan ramai individu yang didakwa terlibat dalam kegiatan ‘cuci duit haram’.
Malah lebih mengejutkan pelaku ini dikatakan memperdaya dan menggunakan populariti artis untuk ‘halalkan’ kegiatan haram itu melalui beberapa usaha sama dan perniagaan yang sah.
Selain sindiket ini dikatakan melibatkan pihak berkepentingan seperti pihak berkuasa, nama artis tempatan juga dikatakan terpalit dengan sindiket tersebut.
https://twitter.com/nazamozir/status/1312769250549882882
Kenapa sindiket Macau Scam memilih golongan selebriti?
Ramai terkejut dengan penahanan tersebut, dan berteka-teki sama ada adakah benar mereka terlibat atau menjadi mangsa atau apa yang sebenarnya berlaku.
Ini penjelasan Timbalan Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia Dr Rozaidi Razali menerusi Harian Metro.
Katanya ada sebab kenapa sindiket Macau Scam memilih selebriti lebih-lebih lagi selebriti yang mempunyai pengikut yang ramai di media sosial…
Ia sangat membantu meningkatkan potensi perniagaan
Katanya ia berdasarkan analisis yang dilakukannya mengikut perkembangan semasa.
Pada pandangan saya, segelintir pihak termasuk selebriti mungkin berhasrat mahu berniaga, tetapi tidak mempunyai modal mencukupi.
Keadaan ini membuka ruang kepada ahli sindiket untuk memanipulasi hasrat mereka dengan menyuntik modal bagi memulakan perniagaan.”
Kata Dr Rozaidi lagi Sindiket Macau Scam yang berleluasa di Malaysia ini menggunakan ‘keldai wang’ atau orang tengah yang dijadikan mangsa atau pengantara untuk pindahkan wang haram.
Melalui cara tersebut identiti penjenayah dapat disembunyikan khususnya daripada pihak berkuasa, malah sukar untuk jejak mereka kerana mereka tidak menggunakan akaun dengan nama sendiri.
Sumber : Harian Metro