in

“Hak dia nak tanya”- [VIDEO] Cuma Tanya Pasal Rumah Sebelum Kahwin, Perempuan Ini Dilabel Materialistik?

Cats 45

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kahwin merupakan satu perkara yang dianggap serius dan tidak boleh dibuat main sebab perkahwinan ini kalau boleh kita nak kekalkan sehingga ke akhir hayat. Perancangan yang baik memang sangat penting untuk pastikan kehidupan selepas kahwin itu berjalan dengan baik.


Korang rasa, normal tak bila pihak perempuan tanya macam-macam soalan dekat pihak lelaki sebelum diorang betul-betul decide nak kahwin?

 

Cuma tanya pasal tempat tinggal

Menerusi satu perkongsian video di Tiktok yang dimuat naik oleh pengguna bernama apeyina baru-baru ini, dia menceritakan yang wanita selalu dilabel sebagai seorang yang materialistik dan mata duitan bila bertanya tentang rumah kepada lelaki sebelum kahwin.

“Boleh kahwin, tapi awak ada rumah?”

@apeyina

Taktahu kenapa dia marah sangat ?

♬ original sound – Roc Ya Eardrumz

Bukan apa, ada sesetengah lelaki yang anggap soalan tentang tempat tinggal itu buatkan diorang rasa perempuan itu tak nak bersusah payah dengan diorang.

 

Lelaki yang bertanggungjawab takkan trigger

Menerusi satu video lain yang dimuat naik oleh apeyina semalam, dia membalas komen seorang lelaki yang balas di video dia sebelum ini.

“Tak sedar ke kau dah wat ramai lelaki yang tak berkemampuan trigger? Ko nak apa ni sebenarnya? Attention?”

Wanita itu menjelaskan yang rumah adalah satu keperluan asas yang sangat penting selepas kahwin. Dia juga menegaskan bahawa seorang lelaki yang faham tentang tanggungjawab dan hak wanita, diorang tak akan cepat trigger bila pihak perempuan tanya soalan tentang perkara asas seperti itu.

@apeyina

Reply to @deqawtharshop Trigger macam mana pun, itu hak perempuan. Salah satu syarat nak kahwin pun berkemampuan.

♬ original sound – peyina – peyina

 

 

Rumah adalah nafkah tempat tinggal

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat wanita itu. Persoalan mengenai rumah adalah hak wanita sebagai jaminan dari segi nafkah tempat tinggal.

Perempuan ni bukanlah demand sangat, kalau tak ada rumah, duduk rumah sewa dulu pun tak apa. Yang penting ada tempat tinggal yang selesa dan selamat.

Photo6204047149625356258 1

Photo6204047149625356257 1

Mana-mana pasangan yang bercadang nak kahwin tu, buat-buat la bincang tentang kehidupan selepas kahwin dengan pasangan korang dulu okey. 

 

Sumber: apeyina

Baca:”Lain kali jangan post”- Wanita Ini Kantoi Kahwin Lain Lepas Suami Terjumpa Video ‘Wedding’ Di Socmed

Capture 26

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.