Semalam, dilaporkan sebanyak 9 sekolah antarabangsa di Lembah Klang telah menerima ancaman bom. Difahamkan polis menerima tujuh hantaran emel mendakwa tujuh sekolah di Shah Alam, Petaling Jaya dan Kajang dalam bahaya berikutan ancaman bom itu.
Lebih mengejutkan lagi, sekolah anak kepada pelakon Aaron Aziz merupakan salah satu daripadanya yang menerima ancaman tersebut. Perkara itu dikongsikan oleh Aaron Aziz sendiri menerusi laman TikTok miliknya.
Artikel Berkaitan : “Kau kata pergi cucuk, aku cucuk!” – Aaron Aziz Dedah Perangai Sebenar Syamsul Yusof
Artikel Berkaitan : “Kenapa tuduh saya?” – Dikecam Letak Ular Atas Sangkar Kucing, Aaron Aziz Beri Penjelasan
Dalam video tersebut, Aaron Aziz difahamkan dalam perjalanan untuk mengambil anaknya kerana mendapat arahan daripada pihak sekolah di Setia Alam.
Ketika kejadian, Aaron Aziz menjelaskan bahawa keadaan pada waktu itu agak huru-hara sampaikan ada yang potong barisan, bagaimanapun dia faham dengan perasaan mereka yang agak panik.
Namun begitu, Aaron Aziz menegur sikap segelintir ibu bapa yang sampai ke tahap mementingkan diri sendiri. Menurutnya, dalam keadaan hura-haraini , semua pihak termasuk ibu bapa, murid dan guru sepatutnya kawal diri supaya urusan berjalan dengan lancar.
“Kalau sorang tak beratur, orang lain semua tak beratur. Orang semua panik sekarang, polis semua dah sampai. Tolong tenang dan jangan panik. Itu je.”
@therealaaronaziz Salam Semua. Terima kasih @PDRMsiaOfficial Dalam emergency kalau boleh jgn panic. Keep calm dan folllow protocol. Kalau satu huru hara. Lain akan ikut. Ingat orang lain pun Ada anak anak. @AKSO MALAYSIA @HOMBRE MALAYSIA #Abgpunpanictapitawakal #Abgharapsemuaparentsbecomeconsiderate #jangankancheong #f #fyp #foryou #fypシ #fy #foryoupage #aaron #aaronaziz #fypシ゚viral #bomb
Walau bagaimanapun, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa laporan tersebut tidak benar dan hanya ancaman palsu selepas pemeriksaan dibuat.
Hurm, betul cakap Aaron Aziz tu. Faham kalau panik, tapi panik tu kena kawal supaya tak gelabah sampai boleh cetuskan huru-hara.
Sumber : Berita Harian, TikTok