Baru-baru ini, doktor selebriti, Dr Say Shazril berkongsikan cerita yang dia telah pun menerima Kad OKU (Orang Kelainan Upaya) milik anak sulungnya, Aezriel atau lebih mesra dengan panggilan Ace.
Dr Say telah berkongsi luahan perasaannya itu melalui sebuah hantaran yang dimuat naik ke akaun Instagramnya sambil menceritakan proses yang harus dilalui untuk memohon kad tersebut.
Dia turut memberitahu, pelbagai perasaan bermain di hatinya saat menerima kad tersebut bagi pihak anaknya yang merupakan kanak-kanak autism.
https://www.instagram.com/p/CsFy4O-PE4Q/
“Empat bulan untuk kad OKU siap. Terus terang cerita bila nak ambil Kad OKU hari ini terasa sangat berat, rasa macam ‘aku dah bersedia ke nak pegang kad ni untuk anakku?’ Tapi saya gagahkan jua sebab saya juga yang apply Kad OKU tu,” tulisnya di kapsyen.
Menurut Dr Say, apabila dia tiba di JKM Sepang keadaan sepi tanpa orang lain seakan-akan suasana dicipta untuknya menerima takdir bahawa anaknya istimewa dan kelainan upaya.
Dia turut akui, dia tidak pernah berasa malu dikurniakan anak kelainan upaya sebaliknya, dia cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik buat anak sulungnya itu.
‘Dalam kereta saya amati elok-elok Kad OKU tu. Berjurai air mata saya. Taktahu sebab apa.. nak kata saya malu, sikit pun tak sebab saya tahu kad inilah yang boleh menjadi bantuan terunggul kepada Ace sekiranya saya atau isteri tiba-tiba tiada di dunia ni,” jelasnya.
Dr Say jawab persoalan netizen
https://www.instagram.com/p/Cr3GH79Prsm/
Dalam perkongsian tersebut, Dr Say turut menyatakan ada dalam kalangan warganet yang mempersoalkan tindakannya memohon Kad OKU untuk anaknya itu.
Dia berkata, kad tersebut mempunyai pelbagai kelebihan serta keistimewaan akses untuk melancong atau menggembara ke luar negara daripada syarikat penerbangan.
Sebelum mengakhiri hantaran itu, dia menitip pesanan kepada ibu bapa diluar sana yang berada di dalam situasi yang sama dengannya untuk jangan berasa malu untuk memohon Kad OKU kerana banyak manfaat dan hak yang disediakan untuk mereka.
Betul apa dia cakap tuu.. Semua initiatif tu untuk kebaikan juga…
Baca : “Laju betul menaip!” – Netizen Kagum Lihat Cara OKU Penglihatan Guna Telefon