in

“Sekiranya diberikan peluang & ruang…” – Sofyank Respon Isu Tidak Buat Video Promosi Malaysia

sofyank tidak promosi malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila pempengaruh terkenal dalam suntingan video, Sofyank memuat naik video mempromosi pelancongan di negara jiran, Singapura yang dihasilkan olehnya.

Video terbabit mendapat reaksi berbeza segelintir netizen yang mempersoal pilihannya mempromosi negara lain berbanding negara kelahiran sendiri.


Susulan ia menjadi perbincangan hangat di media sosial, Sofyank atau nama sebenarnya Muhammad Sofian Abdullah tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Menurut Sofyank, video promosi berkenaan dihasilkan selepas pihaknya mendapat peluang dari Singapura.

Katanya, projek berkonsepkan vfx adalah antara idea yang sudah lama mahu direalisasikan dan peluang datang apabila dia menerima jemputan kerjasama daripada pihak Singapura.

Artikel berkaitan: Sofyank Muat Naik Video Promosi Singapura, Netizen Persoal “Tak Promote Malaysia Ke?”

Artikel berkaitan: “We need to make a movie together” – Zach King Ajak Sofyank Bikin Filem

Dia turut berkongsi pengalaman dan proses menghasilkan video promosi berkenaan bersama rakan-rakan seperjuangannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohamad Sofian (@sofyank96)

Dalam pada itu, Sofyank menjawab persoalan netizen yang mahu melihat dia menghasilkan video mempromosikan Malaysia.

Jelasnya, dia pastinya berbangga jika diberikan peluang untuk menghasilkan karya sedemikian.

“Semestinya saya nak. Saya sangat berbangga lahir di Malaysia, menjadi anak Malaysia dan perjalanan saya daripada dulu sehingga sekarang sentiasa diiringi oleh sokongan daripada rakyat Malaysia.

“Sekiranya diberi ruang dan peluang, saya akan buat yang terbaik buat Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi sokongan dan mendoakan kejayaannya sambil mengatakan pempengaruh itu tidak perlu memberi penjelasan mengenai hal tersebut.

Screenshot 2025 12 09 124455 Screenshot 2025 12 09 124521

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.