in

Sejarah Berulang? Rupanya Isteri CEO OceanGate Adalah Keturunan Pasangan Mangsa Tragedi Titanic

Keturunan Titanic

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini dunia digemparkan dengan berita kehilangan kapal selam Titan yang membawa lima penumpang melawati bangkai kapal Titanic di dasar Lautan Atlantik sejak Ahad lalu telah dilaporkan sah meletup.

Anggota mencari dan menyelamat mendakwa, kesemua mangsa dipercayai meninggal dunia Ahad lalu sebelum pesawat tentera menggunakan sonar mengesan apa yang mereka sangkakan bunyi ‘hempasan’ di dalam air.


Insiden itu telah meragut nyawa Ketua Pegawai Eksekutif OceanGate Stockton Rush yang juga pemandu kapal selam Titan, pesara Tentera Laut Perancis Paul-Henri Nargeolet, bilionair Britain Hamish Harding, ahli perniagaan Pakistan Shahzada Dawood dan anak lelakinya Suleman Dawood.

Isteri CEO OceanGate keturunan pasangan mangsa tragedi Titanic

Mengenali kesemua mangsa tragedi ini, mengejutkan apabila diketahui isteri Stockton Rush merupakan keturunan pasangan penumpang Titanic yang meninggal dunia semasa tragedi 1912.

46F9B4A7 67C1 47B9 A336 210Bd610946F

Memetik sumber npr, Wendy Rush adalah cicit kepada Isidor dan Ida Straus, iaitu penumpang kelas satu di kapal persiaran mewah Titanic. Ketika tragedi itu, pasangan ini memilih untuk kekal berada dalam kapal tersebut untuk memberikan keutamaan kepada mangsa lain menyelamatkan diri sebelum karam.

Kisah pasangan ini telah menyentuh hati pengarah terkemuka, James Cameron yang dijadikan inspirasi dalam adegan ikonik filem Titanic.

Fzquhswaaaaxjze

Difahamkan, hanya jasad Isidor sahaja yang ditemui ketika misi mencari dan menyelamat manakala jasad Ida tidak ditemui sehingga ke hari ini.

Terdapat sebuah taman di Bandaraya New York yang memberi penghormatan kepada mereka berdua dipanggil Straus Park.

Baca: 5 Penumpang Disahkan Meninggal Dunia, Kapal Selam Titan Dikatakan Meletup Berhampiran Titanic
Nahas Kapal Selam Oceangate Semua Meninggal

Sumber: meaww
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.