Bagi beberapa negeri, kita dah hampir seminggu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Sejak SOP untuk PKP kali ini diumumkan, ramai yang mengeluh bila kedai makan dan kedai runcit perlu ditutup pada jam 8 malam.
Kerana ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq telah mengetengahkan isu ini di Twitter peribadi meminta agar kerajaan mempertimbangkan agar operasi kedai makan dipanjangkan sehingga sekurang-kurangnya jam 10 malam.
Tambahnya lagi, ramai orang habis kerja jam 7 malam dan tak sempat untuk singgah kedai. Malah SOP begini turut menjejaskan peniaga, penghantar makanan dan pelanggan.
Kalau tak boleh dine in, kita faham. Tapi bagilah peluang orang bungkus makanan sampai pukul 10pm (paling kurang).
Orang pukul 7pm lebih baru habis kerja, tak sempat pun singgah kedai.
Peniaga, delivery makanan, pelanggan semua terjejas. Tak betul SOP begini. pic.twitter.com/htGcCX4b2g
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) January 15, 2021
Walaupun kebanyakan dari kita bekerja dari rumah, tapi kita pun tak kurang sibuknya. Sedar-sedar bila dah habis kerja, nak pesan makanan pun dah lambat kerana walaupun kedai boleh buka sampai 8 malam tapi pesanan terakhir perlu dibuat pukul 7.30 malam.
Tambah lagi time macam ini ramai yang sibuk bersiap untuk solat Maghrib.
Bukan tu je, frontliners yang perlu bekerja selama 12 jam dari 7 pagi sampai 7 malam pun dah tak sempat nak beli makanan, nak masak pun penat lepas seharian bekerja.
Dalam ciapannya yang lain, Syed Saddiq turut menyuarakan tentang pelajar SPM dan STPM yang dibenarkan untuk ke sekolah walaupun berada di kawasan zon merah tapi gerai dan restoran tak boleh buka sebab nak kawal Covid.
Sejak bila COVID jadi POWER waktu malam? Pelajar diwajibkan balik sekolah untuk SPM & STPM tak takut COVID pula?!”
Semua Gerai/restoran diwajibkan tutup 8pm.
No deliveries & takeaways.
Sebab?
Kena kawal COVID.
(Sejak bila COVID jadi POWER waktu malam?)Tetapi,
Pelajar diwajibkan balik sekolah untuk SPM & STPM walaupun dari kawasan MERAH.
Tak takut COVID pula?!
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) January 15, 2021
Dapat dilihat, ciapan-ciapan dari Syed Saddiq ini turut disokong oleh netizen.
Apa pendapat korang, patut ke waktu operasi kedai makan dipanjangkan?
Baca: “Rakyat sedang susah, lapar dan sakit” – Syed Saddiq Tak Setuju Cadangan ‘Hidupkan’ Semula PLKN