Tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang pemandu menghadapi detik cemas apabila lori miliknya tiba-tiba bergerak sendiri di sebuah lebuh raya.
Menerusi video yang berdurasi 23 saat itu, dapat dilihat rakaman dari pemandu kereta yang melihat situasi terbabit menunjukkan lori berkenaan bergerak perlahan ke arah penghadang jalan.
Lori terbabit menghimpit ke arah penghadang jalan lalu membelok ke kiri. Ketika itu, kelihatan seorang lelaki yang dipercayai pemandu lori tersebut cuba mengejar kenderaan terbabit sehingga jatuh tersungkur.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Lori Treler Bergerak Sendiri, Banyak Kereta Rosak Akibat ‘Dilanggar’
Artikel berkaitan: Aksi Myvi Bergerak Guna 2 Tayar Elak Bertembung Lori Jadi Perhatian, Macam Babak Fast & Furious!
Bagaimanapun, pemandu itu bangkit semula dan kembali mengejar lori terbabit untuk menghentikan kenderaan berkenaan.
Seorang pemandu mengejar lorinya kerana terlupa menarik handbrake ketika berhenti dibahu jalan.
Exit Gerbang Tol Kalikangkung, Semarang, Rabu (17/4).#Konoha pic.twitter.com/nThBeHkgde— #UpdateInfo??? (@update11111) April 18, 2024
“Sedih tengok pakcik jatuh”
Rata-rata netizen yang melihat perkongsian video terbabit meluahkan rasa kasihan kepada pemandu itu yang sedapa upaya mengejar lorinya untuk mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.
Mujur keadaan jalan raya ketika itu tidak banyak kenderaan yang lalu dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Difahamkan kejadian itu berlaku di Exit Gerbang Tol Kalikangkung, Semarang, Indonesia pada Rabu lalu.
Memetik sumber Detik News, pemandu yang dikenali sebagai Sonny memaklumkan kejadian berlaku ketika dia berhenti di bahu jalan. Namun ketika dia turun dari lori, dia terlupa untuk menarik brek tangan yang menyebabkan kenderaan itu bergerak sendiri.
Sumber: X, Detik News