in

Sedih… Selamatkan Anak, Bapa Pula Yang Maut

Page 5 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Langit tak selalu cerah. Inilah yang dihadapi sebuah family masa tengah bercuti di Dungun, Terengganu.


Percutian yang disangkakan membawa senyuman berubah menjadi tangisan bila bapa kepada family yang sedang bercuti di Pantai Teluk Tanjung Jara mati lemas selepas cuba menyelamatkan anaknya.

Menurut Berita Harian, mangsa, Peter Haw Tah Ming, 54, seorang ahli perniagaan dilaporkan lemas dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya, Metthew Haw, 25, yang hampir lemas ketika mandi di situ.

Kl
sumber: berita harian

Isteri mangsa, Pang Siew Cheng, 53, tak sangka sikap suaminya yang berbeza daripada biasa adalah petanda akan pergi meninggalkan mereka selamanya.

“Sepanjang bercuti, suami sentiasa sibuk melakukan kerja bersama komputernya di dalam bilik.

“Tetapi hari ini dia sangat pelik dan memberitahu malas hendak melakukan kerja, sebaliknya seharian duduk bersama kami di pantai menikmati percutian di situ.

“Saya tak sangka rupanya masa berharga yang dihabiskan bersama kami sebelum kejadian adalah kenangan terakhir kami bersamanya.”

Pantaitanjongjara
gambar hiasan

Siew Cheng berkata sebelum kejadian, dia dan mendiang suaminya berada di tepi pantai manakala anaknya Metthew dan Daniel Haw, 20, sedang mandi.

“Mereka berdua mandi di tepi pantai dan secara tiba-tiba ditarik arus ke tengah laut sebelum Metthew lemas dan menjerit meminta tolong. Suami berlari terjun ke dalam laut dan berjaya menyelamatkan Metthew, namun dia akhirnya lemas.”

Katanya lagi, kedua-dua anaknya tu sempat naik ke darat sebelum berlari mendapatkan bantuan daripada pekerja pusat peranginan berkenaan.

“Beberapa pekerja terjun ke dalam laut dan berjaya menaikkan suami ke darat serta sempat melakukan bantuan pernafasan sebelum suami dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Dungun.

“Namun suami menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital. Biarpun sedih saya perlu tabah menerima hakikat ini kerana itu sudah ketentuan Tuhan.”

Peter Haw Tah Ming Lemas 1537203407
sumber: berita harian

Mayat mangsa yang sudah siap dibedah diserahkan kepada keluarga kira-kira jam 10 malam untuk dibawa pulang ke KL bagi urusan pengebumian.

Semoga keluarga mendiang tabah hadapi dugaan ni.

Baca: Misteri Ayah Hilang Terjawab. Malangnya…

Page 5 4 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.