in

Sebelum Ini Pesawat Tentera, Kini Kapal China Pula Dikesan Di Perairan Malaysia Di Miri

Cats 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan ada pesawat tentera udara China yang menceroboh ruang udara Malaysia yang dilihat sebagai satu ancaman buat negara.


Baru-baru ini, ada lagi kes pencerobohan yang berlaku tetapi kali ini melibatkan kapal China di perairan Malaysia di kawasan Miri, Sarawak.

Menurut The Star,  Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Miri iaitu Kapten Md Fauzi Othman berkata yang dia terima laporan tentang kehadiran kapal pengawal pantai milik China itu pada 4 Jun lalu berhampiran Beting Patinggi Ali atau juga dikenali sebagi Luconia Shuals yang terletak kira-kira 84 batu nautika (155 kilometer) dari perairan pantai Miri.

“Aset dari APMM dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengawasi keadaan dengan teliti.”

19 Tentera Bawah

Pengarah APMM itu juga beritahu yang aset tersebut dikerahkan ke kawasan Beting Patinggi Ali pada setiap masa untuk pantau keadaan semasa dan menjaga kedaulatan negara agar tidak diceroboh.

Sebelum ini, 16 pesawat tentera udara China daripada jenis Ilyushin Il-76 dan Xian-Y-20 dikesan di kawasan yang sama dalam formasi taktikal berhampiran Luconia Shuals.

Jshds

Perkara ini membimbangkan kerana pesawat yang dikenalpasti merupakan pesawat pengangkut strategik dan berupaya untuk melaksanakan pelbagai misi.

Harapnya negara kita kekal dalam keadaan selamat tanpa ada sebarang perkara buruk yang berlaku. In Shaa Allah.

 

Sumber: The Star, Utusan

Baca:”Hanya latihan penerbangan biasa”-16 Pesawat Tentera China Masuki Ruang Udara Malaysia, Ini Respon Kedutaan Besar China

Capture 17

Sumber: Utusan
Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.