in

“Sebaknya” – [VIDEO] Ibu Pulang Dari Tanah Suci Pilu Terima Berita Kematian Anak

Untitled Design 2022 08 04T121733.955

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kasih sayang seorang ibu sememangnya sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, mereka sanggup bergadai nyawa untuk menjaga anak mereka dan memastikan anak mereka sentiasa dalam keadaan yang selamat.



Baru-baru ini, sebuah video tular di TikTok apabila seorang wanita yang baru sahaja tiba di Malaysia selepas menunaikan ibadah haji kelihatan berpelukan dengan ahli keluarga dengan penuh hiba.

@ellellell7

Ya Allah Ya Rahman Ya Mujib 🤲🏻 dikau kurniakanlah kekuatan hati ketenangan jiwa buat kakak ku Hajjah Norzaini Binti Haji Akasah, angkatlah segala kesedihannya dan gantikanlah ia dengan nikmat ganjaran yang lebih mulia 🤲🏻🤲🏻🤲🏻 we love u sis abah anak2 adik2 is there for u😭🤍 02/08/2022 @KLIA Haiqal…ibu dah balik 😭 Alfatihah 🤲🏻🤍

♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

Menurut video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @ellellell7, wanita tersebut merupakan seorang ibu yang kehilangan anaknya sebaik dia tiba di tanah suci itu.

Kematian anaknya itu disebabkan sebuah kemalangan dan anaknya itu sempat menghantar ibunya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan rukun Islam kelima sebelum meninggal dunia dua hari selepas itu.

Lebih menyedihkan, anaknya itulah yang melaungkan azan ketika keberangkatan ibunya ke tanah suci pada akhir bulan Jun lepas.

@ellellell7

20/06/2022 – Doa mengiringi keberangkatan seseorang yg bergelar ibu utk ke Tanah Suci – Muhammad Azizul Haikal bin Zulkefli – terima kasih Haikal kerana menjadi anak yg soleh yg baik utk kakak achik…Klebang Melaka

♬ original sound – Ell – Ell

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata menitipkan doa serta salam takziah kepada wanita itu dan keluarganya.

Haji

Salam takziah…

Baca: MATA Cadang Hukuman Penjara Kepada ‘Scammer’ Pakej Haji

Mata Scam Visa Haji 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.