in ,

“Sebak baca kisah perjalanan mereka” – Selain Dr Amalina Inilah ‘Hero-hero’ Mulia Dalam Misi Pembedahan Tumor Ainul Mardhiah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita kejayaan pembedahan buang tumor adik Ainul Mardhiah yang dijalankan di sebuah hospital di London menyentuh hati rakyat Malaysia secara keseluruhannya.


Pembedahan membuang tumor seberat 200g yang memakan masa selama 5 jam nyata berbaloi meskipun pelbagai cabaran dan rintangan yang terpaksa ditempuh dalam memberikan sinar kehidupan buat adik Ainul.

https://www.instagram.com/p/ByktGvDlSq3/

https://www.instagram.com/p/BymBSvnl3zZ/

Ramai berterima kasih kepada Dr Amalina atas pertolongan dan jasa baiknya selepas dia mendapat tahu mengenai penyakit dihidapi adik Ainul.

Namun ramai tak tahu rupanya banyak lagi insan-insan mulia yang membawa ‘kehidupan’ dan keceriaan kepada anak kecil ini, seperti yang dikongsikan bapa Ainul, Ahmad Saifuddin Ahmad Razak di facebook.

 

Selain Dr Amalina, ainul juga ada aunty2 barunya di sini yang juga banyak membantu kami sekeluarga, mereka semua……

Sumber : Facebook Ahmad Safiuddin

Doktor atas flight dan pegawai perubatan di UK

Sumber : Facebook Ahmad Safiuddin

 Mereka lah kiriman Tuhan kepada kami, memudahkan urusan kami, hanya minta kami fikir dan fokuskan kepada ainul sahaja..

Sumber : Facebook Ahmad Safiuddin

Ternyata ramai pihak yang menghulurkan bantuan sekaligus meringankan beban keluarga Ainul sepanjang mendapatkan rawatan di sana.

Terima kasih yang tak terhingga Kak Fahja, Kak Mie, Kak Faridah, Aunty Haliza, Aunty Zahrah, Kak Sir, Aunty Sabariah, Wakil Kedutaan Malaysia; Encik Jeffri dan Dr Shafie.

Kami sangat terhutang budi dengan kalian semua!

Ahmad Safiuddin berkata, dia turut berterima kasih kepada semua doktor pakar, pegawai perubatan, pihak syarikat penerbangan, kedutaan serta ahli keluarganya dalam misi dari Malaysia ke London.

 

Jom kita saksikan wajah-wajah ‘Hero’ Ainul Mardhiah

 

Semoga Allah swt membalas segala jasa dan budi baik mereka yang telah membantu melancarkan usaha untuk membuang tumor adik Ainul Mardhiah.

Baca : “Saya tak sabar nak tengok dia senyum”  Tumor Pada Mulut Adik Ainul Berjaya Dibuang Lepas Pembedahan Lebih 5 Jam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.