in

“Saya tak sabar nak tengok dia senyum” – Tumor Pada Mulut Adik Ainul Berjaya Dibuang Lepas Pembedahan Lebih 5 Jam

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Allahuakhbar! Penantian seluruh rakyat Malaysia akhirnya terjawab. Adik Ainul Mardhiah yang berusia sembilan bulan akhirnya berjaya dibedah semalam di hospital tempatan di London.


Menurut NST, tumor yang semakin membesar sejak adik Ainul lahir hingga mencecah berat 200g berjaya dibuang oleh sekumpulan pakar bedah dan anestetik yang diketuai oleh Profesor David Dunaway, ketua Craniofacial di hospital tempat Ainul ditahan selepas tiba pada 24 Mei lalu.

Salah seorang dari empat pakar bedah, Juling Ong berkata, tumor itu dapat dikeluarkan seperti yang mereka jangka.

Screenshot 2019 06 11 At 1.05.30 Pm
Sumber: nst

Pembedahan ini berjalan lancar. Malah, lebih baik dari apa yang kami rancang.”

“Tak banyak pendarahan dan sepanjang pembedahan, dia (Ainul) berada dalam keadaan baik dan stabil. Dia mempunyai tumor yang besar dan ini merupakan pembedahan yang besar.”

Tambah Juling lagi, tumor yang dihidapi oleh adik Ainul ini sebahagiannya mempunyai kanser dan sebahagian lagi tidak.

“Sekarang kami hanya perlu berikan dia keselesaan dalam Unit Rawatan Rapi dan biarkan dia dan lukanya sembuh sebelum kami periksa dia semula beberapa minggu dan beberapa bulan lagi untuk lihat jika tumor ini akan tumbuh semula.”

Bukan tu saja, Ainul akan diberikan banyak ubat tahan sakit untuk membantu Ainul tahan diri sepanjang proses penyembuhan ini.

Macam yang korang tahu, selain dari bantuan semua rakyat Malaysia, Dr. Amalina juga merupakan antara penyumbang terbesar yang memungkinkan pembedahan ini untuk berjaya.

“Tanpa Dr. Amalina, kami takkan tahu pasal kes ni dan tak lupa juga dengan bantuan rakyat Malaysia yang membuatkan pembedahan ini mampu dijalankan. Malaysia Boleh.”

Kalau korang nak tahu, Dr. Amalina turut sama berada di dewan bedah sepanjang pembedahan ini dijalankan dan sempat memberikan komen sebelum dia bergegas untuk pergi bekerja di hospitalnya.

“Ketika kali pertama saya tengok cerita dan gambar baby Ainul, saya rasa sangat kesian dan cuba sedaya upaya untuk memastikan dia dapat datang ke sini dan pembedahan ini berjalan seperti yang dirancang.

“Saya merasakan Ainul seperti sebahagian dari keluarga saya sekarang dan saya harap rakyat Malaysia terus doakan agar Ainul sembuh dari pembedahan ini.”

Bagi kedua ibu bapa Ainul, Safiuddin dan Erwani, dah tentulah tak boleh nak bayangkan bagaimana lega dan bersyukur bila dapat tahu tumor anaknya ini berjaya dikeluarkan.

“Kami sangat bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk menjadi ibu bapa Ainul dan tak sabat untuk menjaganya dan bermain dengannya seperti bayi normal yang lain.”

Bila saya tengok mukanya buat pertama kali selepas pembedahan, dia sangat cantik. Macam baru lahir. Ainul seperti lahir semula.” – Safiuddin

Saya cuma nak tengok dia senyum semula bila dia bangun nanti.” – Erwani

Safiuddin dan Erwani berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas bantuan yang diberikan dan mengharapkan agar kita semua terus doakan agar kesihatan Ainul bertambah baik.

Alhamdulillah. Admin doakan Adik Ainul cepat sembuh dan dapat membesar seperti kanak-kanak lain. Aminnn

 

Baca: “Jangan lupa pakai otak” – Individu Dikecam Sebab Cakap Dr Amalina Susahkan Keluarga Adik Ainul

Screenshot 2019 06 11 At 1.06.25 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.