Ekoran kontroversi yang melanda Sajat sejak akhir-akhir ini, usahawan kosmetik yang juga merupakan antara orang yang sering dilihat bersamanya, Datuk Aliff Syukri baru-baru ini turut memberikan pendapatnya mengenai isu ini.
“Saya tak mahu Nur Sajat murtad”
Memetik laporan dari Utusan, Aliff meminta agar Sajat menghormati undang-undang di Malaysia dan menyerah diri kepada pihak berkuasa.
Sebagai sahabat, saya tak mahu Nur Sajat keluar daripada Islam atau murtad. Jangan tertekan dengan segelintir warganet. Menyerahlah. Ikut garis panduan dan undang-undang”
Katanya, sebagai manusia kita perlu patuhi undang-undang dan meminta agar sahabatnya itu mengaku bersalah.
Tak salah jika kita mengaku salah. Itu tidak bererti kita kalah.”
Menurut usahawan kosmetik ini lagi, dia dan Sajat dah lama tak bertukar khabar namun tetap mendoakan agar Sajat sentiasa tabah dalam menghadapi ujian ini.
Saya tidak mahu terlibat dalam urusan dia dan sebenarnya kami sudah lama tidak berhubung. Saya doakan yang terbaik untuk dia.”
Sajat yang mengaku tak bersalah atas tuduhan berpakaian menyerupai wanita pada tahun 2018 kini menjadi buruan pihak berkuasa selepas dia gagal untuk hadir ke mahkamah pada 23 Januari lalu.
Sebelum itu pula, tular video Sajat menangis selepas digari oleh Jabatan Agama Islam Selangor kerana dikatakan enggan bekerjasama untuk sesi soal siasat.
Sehingga kini, pihak berkuasa masih belum dapat mencari Sajat selepas waran tangkap dikeluarkan ke atasnya.
Harap-harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik…
Baca: “Ini saat untuk tunjuk kasih sayang” – MAPIM Yakin Sajat Tertekan, Sedia Bersua & Berbincang