in

Sebabkan Kematian 3 Pelajar UiTM Dungun, Pemandu Wanita Layak Dibicarakan & Akan Didakwa

wanita langgar 3 uitm dungun dibicarakan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada yang masih ingat kes kemalangan yang melibatkan tiga orang penuntut UiTM Dungun, Terengganu yang meninggal dunia selepas didakwa dilanggar seorang wanita pada tahun lalu?

Pada 15 Oktober tahun lalu, Norizan Ismail, 50, telah didakwa menyebabkan kematian tiga orang pelajar iaitu Muhammad Akmal Md Tukirim, 25, Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20 dan Khairil Anuar Jamaluddin, 20.


16bh18l1 1731823614

Susulan itu, mahkamah telah memutuskan wanita ini dihantar ke Hospital Permai untuk menjalani rawatan psikiatri.

Artikel berkaitan: “Seksyen 302” – Pemandu Wanita Sebabkan Kemalangan 3 Pelajar UiTM Dungun Didakwa Memb*nuh

Artikel berkaitan: Langgar Pelajar UiTM Dungun Hingga Meninggal Dunia, Video Gelagat Wanita Disyaki Kurang Siuman Tular

Layak untuk dibicarakan

Hari ini, kes itu mempunyai perkembangan terbaru apabila Mahkamah Majistret Dungun memutuskan pemandu wanita yang dituduh membunuh tiga pelajar berkenaan boleh dibicarakan.

Majistret  Nur Amira Fatihah Osman membuat keputusan itu dan menetapkan 20 Februari ini sebagai tarikh pendakwaan semula terhadap tertuduh, Norizan Ismail.

Keputusan ini juga dibuat selepas mahkamah menerima permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azhani Azman pada prosiding sebutan untuk laporan psikiatri tertuduh.

obj57893542 1736835607

Nur Azhani memberitahu mahkamah bahawa tertuduh layak dibicarakan berdasarkan laporan psikiatri yang diterima daripada Hospital Permai Johor.

Beliau juga kemudian memohon satu tarikh bagi mendakwa tertuduh dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Ketika prosiding berlangsung, tertuduh yang diwakili peguam, Norhabibah Norulazhar kelihatan bingung serta tidak mengingati nombor kad pengenalannya sendiri ketika ditanya jurubahasa.

Tertuduh berdepan dengan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta minimum 12 sebatan jika disabitkan bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.