in

Sebab Terkantoi, Pencuri Hantar Balik Barang Curi

Page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pepatah ada sebut, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.


Tapi sebabkan sekarang ni zaman semua di hujung jari, sepandai-pandai mencuri akhirnya muka kantoi juga!

 

Suspek pulangkan semula selepas gambar CCTV viral

Selepas kantoi gambarnya yang diambil menerusi CCTV viral di media sosial, seorang pencuri pulangkan semula kerusi plastik diambil dari sebuah kedai makan.

Menurut laporan Kosmo, kerusi tu bukan saja dikembalikan tapi suspek turut letakkan nota mohon maaf dan minta report ditarik balik!

Curi Kerusi
sumber: kosmo online

Nota permohonan maaf tu diletakkan bersama 28 biji kerusi bernilai lebih RM300 yang dicuri, kata pemilik kedai makan FA Nasi Air.

 

Terkejut tengok kerusi dicuri dikembalikan semula

Pemiliknya, Ali Senik juga berkata, dia takkan mengambil tindakan ke atas pencuri tu sebab suspek dah pulangkan semula barang yang diambil dalam tempoh kurang 24 jam, sebelum itu.

45176887 1098351913675851 4970902454406217728 O
sumber: facebook
Curi Kerusi 2
sumber: facebook

“Gambar suspek telah dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) dan terus diviralkan agar dapat memberitahu kepada pemilik-pemilik kedai lain supaya berhati-hati dengan kegiatan mencuri itu.”

Difahamkan, kejadian mencuri kerusi plastik di kedai-kedai makan seperti ini sedang banyak berlaku di sekitar Kelantan.

 

CCTV akhirat lagi semua nampak apa yang kau buat di dunia

Bukan semua orang boleh terima perbuatan pencuri ni. Yelah, kalau dah sekali buat mungkin dia akan buat kat tempat lain.

Kebetulan saja pemilik kedai ada CCTV, kalau tak ada?

Bak kata netizen, CCTV akhirat lagi nampak apa kau buat di dunia. Ouch!

Curi Kerusi 4
sumber: facebook
Curi Kerusi 4
sumber: facebook

Baguslah kalau semua orang pun macam pemilik kedai ni, mudah memaafkan.

Tapi agak-agak, kalau suspek tak terkantoi mau ke dia pulangkan semula barang-barang tu?

Baca: “Elok kena sambar petir, tengah azan dok mencuri”

Curi Motor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.