in

“Sebab terjaringkan own goal” – Ini 4 Individu Terkenal Yang Meninggal Dunia Dibunuh Peminat Sendiri

Sebab Terjaringkan Own Goal Ini 4 Selebriti Yang Meninggal Dunia Dibunuh Peminat Sendiri 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ada di antara anda yang ingin hidup sebagai seorang selebriti. Tidak dinafikan, memang banyak benefit yang datang dengan title anda sebagai seseorang yang dikenali ramai.


Namun begitu, menjadi famous bukanlah bermakna hidup anda akan tenang dan bahagia selama-lamanya. Seperti mana terdapat banyak advantages yang boleh diterima, ada juga beberapa disadvantage apabila menjadi seseorang yang dikenali.

Menjadi mangsa stalker adalah salah satu disadvantages sebagai seorang selebriti.  Walaupun ada sesetengah kes stalker yang berjaya diselesaikan dengan bantuan pihak berkuasa, ada juga insiden melibatkan peminat obsess ini yang berakhir dengan tragedi.

Hari ini, min akan kongsikan empat individu terkenal yang menjadi meninggal dunia dibunuh peminat sendiri.

1. John Lennon

John Lennon E1610864557721

Mungkin merupakan antara kes pembunuhan oleh peminat yang paling popular, John Lennon meninggal dunia pada tahun 1980 setelah ditembak oleh seorang fan bernama Mark David Chapman.

Mark David Chapman E1610868287283

Pada hari kejadian, John Lennon yang pernah menganggotai kumpulan The Beatles sempat memberikan autograf kepada Mark yang menunggu di luar kediamannya sebelum dia dan isterinya, Yoko Ono keluar untuk makan malam.

Beberapa jam selepas itu, pada pukul 10.50 malam, John dan Yoko pulang ke apartment mereka. Ketika itulah Mark yang masih menunggu di tempat sama telah melepaskan empat das tembakan ke arah John sekali gus meragut nyawanya.

Motif pembunuhan kejam itu dikatakan adalah kerana Mark tidak berpuas hati apabila John pernah berkata bahawa kumpulan The Beatles adalah lebih popular dari Jesus.

2. Selena Quintanilla

Selena Quintanilla E1610868393551

Pada awal tahun 1990-an, penyanyi Latin Selena Quintanilla berada di puncak dunia. Disayangi ramai oleh peminat kerana muzik dan citarasa fesyennya, Selena bagaimanapun menemui ajal setelah dia dibunuh oleh presiden club peminatnya sendiri.

Ramai yang mengatakan bahawa minat Yolanda Saldivar pada penyanyi ini boleh dikatakan obsesive. Malah, seorang wanita yang dikatakan pernah berkongsi satu apartment dengan Yolanda mendakwa wanita itu ada membina satu shrine khas buat Selena. Scary!

Yolanda Saldi Var 1607717008 E1617518465881

Hubungan antara Selena dan Yolanda mula dilanda badai apabila keluarga selebriti itu mengesyaki Yolanda ada mencuri wang dari mereka. Bapa Selena juga mula menerima beberapa complaint daripada pelanggan yang mengadu tidak menerima merchandise yang dibeli dari club peminat.

Pada 31 Mac 1995, Selena dan Yolanda dikatakan telah bergaduh di dalam bilik sebuah motel sejurus pulang dari hospital. Ketika itulah seorang pekerja penyelenggara terdengar bunyi seperti tayar pecah dan terlihat seorang wanita muda (Selena) berlari keluar sambil menjerit. Seorang lagi wanita (Yolanda) kemudiannya mengejar dari belakang sambil memegang sepucuk pistol.

Selena dilaporkan meninggal dunia tidak lama selepas itu. Namun, beliau sempat memberitahu pekerja hotel nama Yolanda dan bilik di mana wanita itu menyewa.

3. Rebecca Schaeffer

Rebecca Schaeffer E1617518555973

Pernah membintangi sitkom My Sister Sam, aktres Rebeca Schaeffer meninggal dunia pada usia 21 tahun di tangan stalker, Robert John Bardo, 19.

Difahamkan, Robert sudah tiga tahun menjadi stalker Rebecca. Suspek pernah menulis banyak surat kepadanya dan pernah memunculkan diri beberapa kali ke set penggambaran semata-mata mahu bertentang mata dengan Rebeca.

Robert John Bardo 1 E1617518664819

Pun begitu, pada tahun 1989, Robert dikatakan berang selepas Rebecca melakonkan babak intim dalam filem Scenes from the Class Struggle in Beverly Hills. Beranggapan babak itu mencemarkan imej girl-next-door Rebecca, Robert yang tahu alamat rumah Rebecca melalui penyiasat persendirian telah muncul di hadapan kediaman pelakon itu.

Robert dikatakan telah pergi selepas berjumpa Rebecca namun dia kembali semula ke lokasi sama sambil membawa senjata api lalu menembak aktres itu di dada. Pelakon Rebecca Schaeffer disahkan meninggal dunia ketika di hospital.

4. Andrés Escobar

Andres 2 E1617518739802

Andrés Escobar merupakan seorang pemain bola sepak Colombia. Pada tahun 1994, secara tidak sengaja, Andrés telah menjaringkan own goal semasa satu perlawanan World Cup menentang pasukan Amerika Syarikat. Jaringan terbabit mengakibatkan pasukan Columbia tersingkir.

Pada awal pagi 2 Julai 1994, Andrés yang dikenali ramai sebagai The Gentleman of the Field kerana karakternya yang tenang dan cara pemainannya yang bersih telah diserang sekumpulan lelaki ketika dia berseorangan selepas selesai keluar bersama rakan-rakan.

Andres Escobar E1617518804404

Difahamkan, kumpulan lelaki itu tidak berpuas hati dengan insiden own goal yang tidak sengaja dilakukan Andrés. Pergaduhan mereka akhirnya berakhir tragedi selepas pemain bola terbabit ditembak sebanyak enam kali sebelum ditinggalkan berseorangan untuk mati.

Majlis pengebumian Andrés dihadiri lebih 120,000 orang peminat.

Sumber: Twenty-Two Words, Sport Casting, Good Housekeeping, All Thats Interesting, ATI

Baca: “Sempat minta autograf sebelum bunuh” – Cerita Penuh Kematian John Lennon Ditembak Peminat Sendiri

Lennon Murder E1610862462578

Sumber: Marca
Sumber: abc news
Sumber: E Online
Sumber: Esquire

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.