in

“Sebab pokok tinggi”- Setuju Kenyataan Menteri, Bekas Kakitangan Telco Perjelas Masalah Internet Di Negara Ini

Ft Bekas Kakitangan Telco Sokong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan masalah bentuk bumi dan pokok yang tinggi menjadi punca capaian internet di Kampung Seri Kesinai, Padang Besar lemah, lapor Utusan.


Kenyataan itu dibuat selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) melakukan siasatan semasa turun ke kawasan tersebut pada 21 Oktober lalu.

Berikutan dengan kenyataan itu, ia menjadi perhatian netizen di Twitter 2 hari lepas sehinggakan meraih lebih daripada 13,000 jumlah retweets dan pastinya ada kritikan daripada netizen berkenaan dengan kenyataan tersebut.

 

Keadaan atmosfera, litupan awan, halangan seperti buatan manusia (bangunan) dan pokok tebal juga boleh menjejaskan isyarat.

Terpanggil dengan kenyataan yang menjadi tular itu, seorang bekas kakitangan daripada syarikat telekomunikasi yang dikenali sebagai Pradeesh tidak menafikan bahawa kenyataan itu benar.

Bagi mengukuhkan kenyataan Tan Sri Annuar Musa, Pradeesh memberikan contoh situasi jika seseorang itu hiking, katanya itu sebablah ramai yang bawa GPS atau alat pengesan khas.

Dalam pada itu, Pradeesh turut menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor seperti keadaan atmosfera, litupan awan, halangan seperti buatan daripada manusia (bangunan) dan pokok tebal juga boleh menjejaskan isyarat telefon.

Disebabkan itu, Pradeesh yang sebelum ini bekerja dalam bidang IT dalam syarikat telekomunikasi tersebut berseloroh dengan mencadangkan agar pihak kementerian sepatutnya bekerjasama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk.

Orang macam – wow Thailand ada 5G! Kenapa kita tak ada? Uh ia mungkin nampak bagus tetapi dekat Perancis, mereka juga ada zon mati.”

Pradeesh juga menempalak segelintir golongan yang ada tanggapan bahawa 5G boleh menyebabkan kanser.

Disebabkan tweet itu tular, Pradeesh dihujani dengan pelbagai pertanyaan oleh netizen, antaranya bagaimana segelintir tempat, susah nak dapat isyarat jika menggunakan sesuatu perkhidmatan telco berbanding dengan telco lain. Ini penjelasannya.

Terjemahan : Telco kena bayar sewa atau pajakan. Contohnya Celcom, mereka mungkin akan fikir berbaloi jika bayar tinggi untuk sewa tower bagi mendapatkan pelanggan. Ia bergantung samada ia berbaloi untuk Telco itu pasang infra di kawasan tersebut atau tidak.

Disoal mengenai kawasan tengah bandar seperti Lembah Klang masih tidak mendapat liputan yang kuat, Pradeesh menjawab ia berpunca daripada kesesakan dan bangunan-bangunan tinggi yang dibina.

Macam mana nak baiki, kalau saya menteri, saya akan bekerjasama dengan Elon Musk untuk pastikan internet laju, sudah semestinya kron tak cukup modal, tapi ini satu cara nak menangkan hati rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, ada juga yang membandingkan negara kita dengan negara jiran yang ada internet laju dan ini jawapan Pradeesh.

 

Buat pembinaan, tiada plan, jadilah macam ni.

Oleh itu, Pradeesh berpendapat bahawa perancangan itu sangat penting dan itulah sebab kenapa negara seperti Korea, Jepun lakukan berbanding di negara ini yang suka membuat binaan sesuka hati.

 

Baca : “Satu satunya kawasan ada akses internet” – 400 Pelajar Terpaksa Daki Bukit Setinggi 5km, Cari Internet Untuk PdPR

Fi Pdpr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.