in

Ini Sebab Korang Kena Dapatkan Smartwatch Sebagai Hadiah Untuk Pasangan

Ft Galaxy Watch New

Sebut berkenaan pemberian hadiah, pastinya setiap orang mahu memberikan hadiah terbaik dan juga bermakna untuk orang yang tersayang. Tidak kira sama ada ianya mahal atau tidak, biasanya apa yang lebih penting adalah keikhlasan serta usaha pasangan korang tersebut untuk mendapatkan hadiah-hadiah tertentu. 

Sekiranya korang tengah serabut memikirkan hadiah apa yang nak diberikan pada pasangan, apa kata korang berikan smartwatch sebab kalau korang perasan, sekarang ni boleh dikatakan pemakaian peranti ini adalah ‘trend’ semasa.

Pr Power Up Your Active Lifestyle With The Samsung Galaxy Watch5 Series Seao Feature Story Image 3 E1669100046278

Tidak kiralah jenama apa atau berapa harganya, sekurang-kurangnya pasti ada seorang dalam kalangan kenalan mahupun keluarga korang yang menggunakan smartwatch dan berikut kitorang nak senaraikan sebab kenapa korang kena dapatkan sebuah Smartwatch kepada pasangan korang. 

Semua dalam satu

Ini memang kita sedia maklum, sesuatu smartwatch yang bagus boleh menyediakan atau mengandungi pelbagai fungsi sebagai contoh, setidaknya boleh menerima notifikasi daripada telefon, ada fungsi untuk pengesanan aktiviti bersukan dan lain-lain. 

Dalam erti kata lain, smartwatch berkenaan berfungsi sebagai ‘telefon’ kedua anda. Apa yang pasti, ini secara tak langsung akan membuatkan hari pasangan korang lebih produktif kerana boleh tengok pelbagai notifikasi tanpa perlu keluarkan smartphone pun. Semuanya di smartwatch.

Ada pelbagai pilihan saiz dan gaya

Lambakan jenama smartwatch di pasaran hari ini membolehkan ia didatangkan dengan pelbagai saiz, fungsi serta harga yang berbeza-beza mengikut jenama dan fungsi yang didatangkan dengan jam tersebut. 

Watch6 Photo 1

Tidak kurang juga ada sesetengah jenama seperti Samsung, ia menyediakan banyak aksesori seperti tali jam, supaya pengguna boleh menyesuaikan serta memadankan jam tersebut dengan gaya mereka tersendiri.

Boleh ‘track’ kecergasan & kesihatan

Paling best, tidak kiralah pasangan korang tu jenis suka bersukan atau tidak, smartwatch yang bagus perlu ada ‘tracker’ paling tidak pun untuk tengok tahap kecergasan atau korang boleh monitor proses korang workout ke, pergerakan ke dan sebagainya. 

Jujur cakap, selepas dihadiahkan sebuah smartwatch, hidup korang akan jadi lebih baik dari segi kerja, komunikasi dan paling penting tahap kecergasan dan kesihatan korang pun boleh di monitor melalui smartwatch. 

Ada smartwatch macam Galaxy Watch 6 dari Samsung tu boleh jejak sehingga 90 jenis workout tau! Punyalah ‘power’ teknologi yang ada sekarang ni, siap kalau korang terlupa nak tekan mula, jam tersebut boleh ‘kenal’ secara automatik aktiviti yang dilakukan dan korang tak perlu risau kalau aktiviti tersebut tak direkodkan. 

Kv Are You Unknowingly Falling Short On Your Exercise Goals E1696475139558

Selain itu, smartwatch Samsung yang terbaharu ini ada fungsi Heart Rate Zone yang personalized tau! Maksudnya, kadar jantung korang akan ditentukan secara automatik selepas 10 minit aktiviti dilakukan. Sekiranya rendah dari zone yang ditentukan, ia akan bergetar dan memberikan notifikasi pada pengguna. 

Itu dari segi kecergasan dan sebenarnya smartwatch ni bukan sahaja untuk korang yang suka bersukan sahaja tau. 

Kalau korang nak tahu, Galaxy Watch 6 ni merupakan salah satu peranti yang lengkap sebab ia boleh mengukur komposisi badan, ECG, BMI, BMR, tekanan darah dan macam-macam lagi.

Tidak cukup dengan itu, fungsi kesihatan yang ada pada jam ini juga menyokong pemantauan tekanan darah dengan sensor Photoplethysmogram (PPG) yang ada pada Galaxy Watch dan melalui aplikasi tekanan darah untuk mengukur tekanan darah dan juga denyutan jantung. 

Snapinsta.app 387726179 1529713297801407 8878952550809509914 N 1080

Selain itu, peranti ini juga mampu merekodkan ECG pemakai untuk memantau tahap kesihatan jantung dan turut mempunyai HR Alert yang mana akan memberitahu pemakai sekiranya bacaan kadar jantung meningkat atau menurun di bawah bacaan yang ditetapkan pengguna. 

Kalau mengikutkan fungsi yang dinyatakan, pasti ramai yang ingat harga Galaxy Watch 6 ni ‘keras’, tetapi sebenarnya tidak kerana harganya bermula daripada RM1,099

Memang sangat berbaloi untuk korang dapatkan Galaxy Watch 6 series ni dan bukan setakat itu sahaja, untuk pembelian dalam tempoh terhad, korang boleh menerima kotak khas ‘gift box’ yang dilengkapi dengan tali jam2, pengecas3 dan juga watch cradle bernilai RM7271 secara PERCUMA. Anda juga boleh trade-in Galaxy Watch model terdahulu untuk dapatkan rebat4 sehingga RM300.

1Promosi sah sementara stok masih ada. 2Hanya untuk tali jam terpilih. Warna dan model tali jam tersedia mungkin bergantung kepada negara atau penjual. 3Warna putih atau hitam sahaja dan bergantung kepada ketersediaan stok. 4Sebarang keadaan peranti diterima. Sah untuk lokasi dan peranti terpilih sahaja. Tertakluk pada terma dan syarat. Kunjungi www.samsung.com/my untuk maklumat lanjut.

Galaxy Watch6 Giftbox Kv E1700724729510

Untuk maklumat lanjut atau korang berminat untuk membuat pembelian, boleh terus ke  laman web rasmi Samsung atau nak tengok dan cuba sendiri ciri-ciri yang disebutkan, boleh walk-in ke Samsung Experience Store terdekat.

Sumber: Samsung
Sumber: Samsung
Sumber: Samsung