in

“Sebab kau aku bergaduh dengan mak aku” – Lelaki Tikam Punggung Ex-GF Ketika Datang Ke Majlis Hari Jadi Walaupun Tak Diundang

Spore Man Jailed After Stabbing Ex Girlfriend In The Buttock Area When He Showed Up Uninvited To Her Birthday Party World Of Buzz 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun bukan semua, tapi dingin bahkan bermusuh dengan bekas kekasih tu boleh dikatakan perkara biasa, tapi kalau dah sampai menikam tu memang dah melampau macam Basnayake Keith Spencer ni buat memang dah melampau!


 

Bengang punca hubungan dengan keluarga renggang

Spore Man Jailed After Stabbing Ex Girlfriend In The Buttock Area When He Showed Up Uninvited To Her Birthday Party World Of Buzz 3

Dah lah datang majlis hari jadi orang tak diundang siap buat hal lagi. Lelaki dari Singapura ni pergi tikam punggung bekas kekasihnya itu dengan pisau dapur sepanjang 34 cm.

Menurut WORLD OF BUZZ, bekas kekasih Danielle Joan Pereira ada buat tempahatan di sebuah apartment dari 12th September to 14th September 2018 untuk meraikan majlis hari jadinya tahun lepas.

Pada hari kedua (13 september) ex dia Spencer datang ke majlis tersebut walaupun tak diundang. Nak tak nak kenalah jemput dia raikan sekali, konon masa tu sebagai kawan lah.

Bila dah diajak masuk, si Spencer ni pergi kedapur dan terus ambil ‘barang’. Lepas dia ambil methamphetamine tu, dia terus capai pisau 13 inci tu pergi dekat Pereira dekat living room dan terus tikam dia.

Pereira yang mula panik dan cuba nak bangun untuk selamatkan di gagal akibat kecederaan tikaman itu. Dia menjerit kepada semua tetamu yang hadir untuk lari demi keselamatan diaorang.

Dengan tenangnya Spencer letak pisau tu balik dan duduk atas sofa. Dia menyalahkan Pereira yang menjadi penyebab Spencer ni bergaduh dengan mak ayah dia kerana tak restu hubungan mereka. What?!

Katanya lagi, dia adalah punca bungannya dengan ibu bapa lagi lengang. Lepas tu dia terus hubungi polis dan berterus terang yang dia dah tikam kawan dia. Siap bagi tahu yang mangsa tu tengah bleeding lagi.

Pereira dikejarkan ke hospital, dia mendapatkan rawatan dengan 7 jahitan kerana luka tikaman itu speanjang 4cm dan sedalam 8 cm.

Spencer dibawa ke pusat pemulihan beberapa hari kemudian. Tapi semalam, dia telah dipenjarakan selama setahun.

Patutnya dia dipenjarakan 7 tahun, sebatan, dan denda atau kedua-duanya sekali. Tapi, disebabkan sikapnya yang masih prihatin lepas melakukan tindakan gila tu dan ia mendapat pertimbangan daripada hakim.

Jadi, lepasni kalau korang nak berbaik dengan ex tu beragak-agaklah.

 

Baca : Instafamous Mati Dalam ‘Suitcase’: Ex BF Mengaku Bunuh Sebab Kena Ejek Pasal ‘Kehebatan di Ranjang’

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.