in

“Dia cakap sebab video tu dia dapat pergi umrah” – Netizen Sebak Tengok Budak 46 Sambut Hari Jadi Adik

Ft Budak 46

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak mendapat tahu dirinya kini ‘sakit’, ramai yang mula simpati dengan personaliti media sosial iaitu Budak 46 yang kini menjadi perhatian.

Baru-baru ini, Budak 46 atau nama sebenarnya, Muhammad Ammarzulkha Helmi ada membuat kejutan istimewa buat adiknya yang dikenali sebagai Cuna.


Artikel berkaitan : “Selagi saya boleh, saya buat” – Kembali Tular Kerana Masalah Penglihatan, Budak 46 Enggan Terima Sumbangan

Artikel berkaitan : Budak46 Jelaskan Sumber Pendapatan, Bigo, Instagram & Youtube Jadi Penyumbang Utama

“Dia cakap sebab video tu, dia dapat pergi umrah” – Cuna

Dalam satu hantaran video TikTok yang dimuat naik oleh Cuna, kelihatan abangnya berada di pintu masuk sambil membawa bungkusan hadiah yang besar. Cuna meluahkan rasa terharu kerana tidak sangka yang dia menerima kejutan daripada abangnya itu.

“Tiba-tiba datang rumah, buat kejutan siap bawa hadiah. Dia cakap sebab video tu dia dapat pergi umrah. Lihatlah betapa baiknya dia, dia layak menerima segala kebahagiaan di dunia. Saya sangat gembira untuknya.”

@hhusnahelmy

tetiba datang rumah surprise siap bawak hadiah. dia cakap sebab video tu, dia dapat gi umrah :’(((

♬ Di Akhir Perang Epic Orchestra Instrumental – sora.tune

Rata-rata netizen sebak melihat moment tersebut dan menyifatkan Budak 46 sebagai seorang abang yang ikhlas untuk berkongsi rezeki kepada adiknya biarpun kini mempunyai masalah penglihatan selain daripada mengagumi semangat Budak 46 yang gigih bekerja biarpun kini sedang diuji.

Screenshot 2026 08 18 160916 Screenshot 2026 08 18 160943 Screenshot 2026 08 18 161028 Screenshot 2026 08 18 161059 Screenshot 2026 08 18 161131

Sebelum ini, Budak 46 mendedahkan yang dirinya sedang menghidap retinitis pigmentosa, satu penyakit mata yang menyebabkan kehilangan secara beransur-ansur.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.