Makin hari, makin ramai rakyat Malaysia yang berjaya mendapat perhatian dunia. Baik dalam arena sukan mahupun industri hiburan.
Terbaru, pelakon dan pengacara Sean Lee mencipta sejarah apabila dia menjadi salah seorang pelakon suara untuk filem animasi terbaru keluaran Warner Bros, DC League of Super-Pets.
Siaran media daripada Warner Bros Pictures mengumumkan Sean Lee akan menjadi watak Waffles, seekor anjing jenis Boston Terrier yang tinggal di Metropolis.
https://www.instagram.com/p/Cf29JE2rouO/?utm_source=ig_web_copy_link
Bagi filem tersebut, Sean Lee menyertai Dwayne Johnson, Kevin Hart, Keanu Reeves dan ramai lagi pelakon ternama Hollywood dalam filem animasi yang dinanti-nantikan ini, ia dijadualkan untuk tayangan pada 28 Julai di Malaysia.
“Saya amat gembira kerana ia merupakan impian zaman kanak-kanak saya untuk menyuarakan watak dalam filem animasi dan saya begitu berbesar hati kerana dapat mewakili Malaysia dalam suntingan khas filem antarabangsa,” kata Sean.
Untuk ‘menghidupkan’ lagi latar belakang dan karakter Waffles, Sean melakonkan watak anjing Boston Terrier itu dengan loghat Malaysia yang ‘pekat’.
Sebagai info, ini merupakan kali pertama Warner Bros. telah memilih pelakon Malaysia untuk karakter yang telah direka secara khusus kepada pelakon itu.
Power lah Sean Lee!
Sumber: Malay Mail
Baca: 4 Individu Terkenal Yang Mulakan Kerjaya Sebagai Atlet Sebelum Jadi Pelakon Hollywood