in

“Ingatkan filem baru tadi” – Ramai Tak Sabar Tengok Gandingan Azhan Rani & Adibah Noor Dalam Projek Terbaru ‘Delivery Ke Hati Seri’

Delivery Ke Hati Siti 1

Kalau korang follow berita semasa, mesti korang perasan yang baru-baru ni ada video iklan foodpanda yang menampilkan ramai nama-nama besar dalam industri hiburan tanah air seperti Azhan Rani, Adibah Noor, Azizah Mahzan, Azman Hassan, Sasha Abedul dan Sean Lee.

Rupa-rupanya video tu ada siri ‘penuh’ yang telah pun ditayangkan secara ekslusif di TV3 pada 11 Oktober pukul 7.58 petang,TV9 pada tarikh yang sama pada 8.28 malam dan akan disiarkan melalui WeTV juga! 

Difahamkan kempen #TakkanTakTahu daripada foodpanda ini melibatkan artis terkenal tanah air dalam siri muzikal yang mengisahkan tentang kisah 3 generasi dan secara keseluruhan minisode bertajuk ‘Delivery Ke Hati Seri’ ini ada 5 episod kesemuanya dengan setiap satu sekitar 2 minit..

My Joyhacks Tv Minisode Promo 1920X1080 Fgd 91908 Mm V02

Menariknya, selain berkonsepkan siri muzikal bertema, setiap episod ada kisahnya tersendiri selain akan turut kongsikan beberapa trick dan hack yang korang boleh gunakan dalam aplikasi foodpanda untuk mendapatkan lebih penjimatan dan memberikan yang terbaik kepada pengguna.

Contohnya, pada tema Rock Kapak, penonton dihiburkan dengan gelagat ‘Ustaz Madi’ yang menjadi seorang penyanyi rock sambil diiringi dengan petikan gitar daripada pemain gitar lagenda negara iaitu Man Kidal sebagai cameo!

Dalam masa yang sama, kalau perhatikan lirik lagu berkenaan, ia menceritakan yang kepelbagaian pilihan barangan yang ada di pandamart dan foodpanda shop, pengguna hanya perlu memilih barangan yang ingin dibeli dan ia akan dihantar terus ke rumah.

Selain itu, sekiranya pengguna mahu pilihan untuk mendapatkan barangan lebih cepat, Azhan Rani kongsikan satu trick iaitu dengan menggunakan pilihan ‘Pick-up’ yang tersedia dalam aplikasi foodpanda tersebut.

Paling best, ada satu episod bertemakan ‘K-pop’ ni menampilkan pelakon drama yang terkenal dengan watak antagonis iaitu Azizah Mahzan yang membawakan watak yang ternyata berbeza daripada apa yang penonton kenalinya sebelum ini.

Foodpanda Takkan Tak Tahu

Mana taknya, dalam monisode tersebut dia turut menari dan menyanyi ala K-Pop bagi mempromosikan salah satu hack yang boleh ditemui dalam aplikasi foodpanda.

Sebenarnya, banyak lagi trick dan tips yang korang boleh gunakan untuk dapatkan manfaat dari foodpanda! Kalau nak tahu apa lagi yang korang boleh lakukan, kenalah tengok minisode penuh ‘Delivery Ke Hati Seri’ di TV3, TV9 ataupun WeTV nanti.

Sementara tu, kita layan dulu teaser ni eh…

Sumber: foodpanda
Sumber: foodpanda