in

“Saya Tidak Pernah Rasa Takut Macam Ni Seumur Hidup Saya” – Wanita Ini Kongsi Cerita Diekori Dua Lelaki

7 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bahaya ada di mana mana. Datang dari pelbagai aspek. Apa yang pasti, ia dari manusia yang tiada sivik. Kadang-kadang memang mereka nak duit/barang kemas, tapi ada juga yang berniat jahat (rogol, culik etc).

Banyak dah cerita kita dengar perkara tidak elok jadi pada wanita, ada juga pada ibu mengandung.  So, korang semua (especially perempuan dan yang mengandung) janganlah terlebih berani pulak. Extra careful bila korang bersendirian tak kira siang atau malam. Jangan pergi kawasan kurang orang atau lalu di jalan yang sunyi kalau korang berjalan/memandu berseorangan. Sebagai contoh, isi minyak atau pergi kedai (7Eleven) waktu malam.


Macam kes yang dialami oleh Azryn Arshad ini. Baca kisah selanjutnya:

“Perkara ini berlaku pada saya sebentar tadi. Tolong berhati-hati di luar sana wahai kaum wanita. Abang, teman lelaki, pastikan mereka (adik/kakak/teman wanita) tahu perkara ini”

Kes1

Ketika memasuki premis kedai 7Eleven, Azryn menyedari 2 lelaki mengekori beliau masuk dan mengikut rapat setiap pergerakannya. Bukan itu je, kedua lelaki itu tidak berhenti-henti pandang Azryn.

Menyedari beliau diekori dan mula rasa tak selesa, beliau buat keputusan untuk tunggu dalam 7Eleven sehingga kedua lelaki itu keluar. Tapi setelah beberapa lama Azryn tunggu, mereka berdua tidak keluar dan seperti menunggu beliau untuk keluar dan ingin terus mengekori (ada niat jahat lah tu!)

“Saya mula sedar mereka mengenali antara satu sama lain kerana cara mereka cuba berkomunikasi seperti mengangkat kening dan lelaki A bertanya ‘OK Tak?, lelaki B menjawab ‘OK’…”

 

Hetalia Life Challenge

“Saya tidak pernah rasa takut macam ni seumur hidup saya”

___ “Ketika itu saya sudah rasa tidak sedap hati dan saya tidak pernah rasa takut macam ini seumur hiudp saya. Saya berseorangan dan waktu ketika itu sudah lepas 10 malam. Saya pandang merekauntuk lihat macam mana rupa mereka. Saya pandang tepat pada mata mereka kerana secara psikologinya, ia nampak seperti orang yang berani untuk melawan…”

A3

“Tetapi realitinya ketinggian saya tidak mencecah 160cm pun. Saya seorang perempuan yang bersaiz kecil. Jadi saya terus bayar dan minta juruwang lelaki itu mengiringi saya ke kereta. Saya rasa dia sedar saya dalam ketakutan berdasarkan muka saya. Saya bernasib baik kerana dia senyum dan jalan mengiringi saya”

A4

Azryn bernasib baik kereta kereta beliau hanya berdekatan premis itu. Sebaik sampai di kereta, juruwang itu berpesan supaya beliau mengunci pintu dan terus pulang ke rumah.

“Alhamdulillah, saya selamat sampai ke rumah”

A5

Make sure anda peka dengan keadaan sekeliling. Ambil kisah ini sebagai pengajaran kepada semua gadis dan wanita di luar sana”

Begitulah pesanan terakhir Azryn buat semua wanita di luar sana.

Diharapkan semua gadis dan wanita untuk tidak ambil ringan tentang hal keselamatan diri di tempat awam. Memang betul tidak semua orang berniat jahat, tapi jangan lupa satu perkara lagi. Tidak semua orang akan bantu kita dalam keadaan menakutkan seperti apa yang juruwang itu lakukan.

Make sure korang semua waspada dan aware dengan keadaan sekeliling. Walaupun kata orang jangan cepat buruk sangka, tapi tidak salah jika kita lebih berhati-hati sebelum sesuatu perkara buruk berlaku pada diri sendiri.

Raw

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.