“Saya tidak mahu menjadi Menteri Kewangan jika…”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Semangat kekitaan Lim Guan Eng memang kuat dan beliau bukan setakat memperjuangkan hak rakyat berbangsa Cina tetapi beliau turut memandang setiap kaum yang ada di Malaysia sebagai satu bangsa yang sama.

Sejak pelantikan beliau sebagai Menteri Kewangan Malaysia, ramai yang mempersoalkan kemungkinan beliau dilantik hanya kerana berbangsa Cina.

Sumber: Malaysian Digest

Namun, menurut Malaysian Digest, Guan Eng sendiri mengatakan sekiranya beliau dilantik dengan alasan berbangsa Cina, beliau tidak akan teragak-agak untuk menolak pelantikan tersebut.

“Saya tidak mahu menjadi Menteri Kewangan jika saya dipilih hanya kerana saya orang Cina. Saya rakyat Malaysia, saya bukan orang Cina.”

Ujar beliau, menjadi Menteri Kewangan bukanlah satu tugas yang mudah dan Tun M melantik beliau berdasarkan prestasi semasa di Pulau Pinang di mana pengurusan kewangan pada masa itu dalam keadaan baik sehingga mencatat lebihan tahunan.

“Itulah sebabnya beliau mahu yang terbaik untuk menyelamatkan negara.” 

Guan Eng yang ditemui ketika Majlis Makan Malam DAP Air Putih turut sempat mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Pulau Pinang tanpa mengenal bangsa kerana bersatu dan membuat pilihan yang tepat.

“Ini membuktikan rakyat Pulau Pinang mahukan Malaysia baru. Mereka mahu pemimpin yang boleh bekerja. Ini adalah tanggungjawab sangat berat dan kami akan berjuang untuk anda setiap hari bagi memastikan kita mempunyai negara yang lebih baik untuk anak-anak.”

Sumber: Blog

Sebelum ini, beliau pernah menegaskan biarpun berbangsa Cina, beliau mahu masyarakat mengenalinya sebagai orang Malaysia.

“Kami semua di sini orang Malaysia, tanpa mengira warna kulit atau agama. Apa yang penting adalah memberi khidmat kepada rakyat.”

Nampaknya Tun M membuat pilihan yang tepat!

Baca: Pernah Dipenjara Kerana Bantu Orang Melayu? Baca Kisah Inspirasi Lim Guan Eng

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.