in

“Saya terima dia seadanya” – DSV Simpan Rasa Sedih, Dedah Cik B ‘Struggle’ Jadi ‘Girlish’

cik b girlish dsv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan Datuk Seri Vida mengakui dirinya tersentuh membaca luahan anaknya Cik B yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.

Katanya, dia tidak menyangka anak gadisnya itu membuat luahan hati secara terbuka di media sosial sehingga mengundang sebak warganet.


“Saya nampak perkongsian Cik B selepas viral, saya tak sangka dia buat perkongsian sebegitu. Tapi itu sangat menyentuh hati saya.

“Dia seperti betul-betul merasakan dia tidak cantik. Dia selalu cakap kepada saya, dia tak boleh jadi anak mama seperti yang mama harapkan,” ujar Vida.

Artikel berkaitan: “Dalam kehidupan lain…” – Tidak ‘Girly’, Cik B Muat Naik Video DSV & Leona Menari Buat Ramai Sebak

Artikel berkaitan: “Kalau saya bayar reputasi saya hilang nilai” – DSV Tak Menyesal Pertahankan Prinsip

SnapInsta.to 572892463 18494327677078007 957698604339708415 n

Vida turut mendedahkan Cik B pernah meluahkan dia berharap untuk menjadi anak perempuan seperti yang dimahukan usahawan itu namun perubahan yang dilakukan Cik B ketika ini sudah cukup memuaskan hatinya.

“Saya selalu tanya dia, apakah dia sayang mama. Dia cakap sayang. Jadi, dia memang katakan dia berharap boleh jadi anak perempuan seperti yang saya mahukan, tetapi, bagi dia, tidak boleh.

“Dulu, dia tidak bersolek dan tidak pakai pencuci muka. Sekarang, dia pakai dan muka bersih. Dulu, penampilan dia ala tomboy sebab selesa dan memudahkan dia,” katanya.

Namun, Vida mengakui kasih sayang terhadap Cik B tidak berubah dan menerima anaknya itu seadanya.

“Insya-Allah dalam kehidupan lain, Cik B akan menjadi bidadari yang cantik. Apapun saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk Cik B.

“Saya simpan kesedihan. Saya tak nak tunjuk kepada dia. Saya nampak dia struggle jadi anak perempuan yang kelihatan girlish,” luahnya.

Terdahulu, Cik B meluahkan perasaannya tidak dapat menjadi anak perempuan berimej girly seperti yang diharapkan ibunya kerana memilih untuk menjaga keselamatan Vida pada ketika ini.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.