Satu video kini sedang tular di media sosial telah mencuit hati netizen apabila mereka mendengar perbualan di antara ejen insurans dan seorang individu yang mendakwa dirinya seorang pengamal ilmu hitam.
Dalam video yang berdurasi 4 minit 26 saat itu, seorang lelaki menerima panggilan daripada ejen yang dikenali sebagai Shida.
Artikel berkaitan : Guru Di Klang Didakwa Paksa Murid Beli Insurans Kalau Mahu Dilantik Menjadi Pengawas Sekolah
Artikel berkaitan : Balu Panik Rumah Kena Lelong Sebab Arwah Suami Tak Beli Insurans Waktu Buat ‘Loan’
Dalam panggilan tersebut, ejen yang dikenali sebagai Shida ada hubungi lelaki tersebut untuk menawarkan pakej insurans, namun sebelum lelaki itu menerima tawarannya, lelaki tersebut memohon agar dia diberikan perlindungan untuk insurans nyawa berbanding dengan kesihatan.
Namun begitu, ejen tersebut memujuk dengan memberikan gambaran sekiranya lelaki ini terlibat dalam sebarang kemalangan.
Usaha ejen tersebut untuk memujuk akhirnya terbantut apabila lelaki tersebut menyatakan bahawa dia adalah seorang pengamal ilmu hitam.
Pengakuan tersebut membuatkan ejen tersebut terkelu dan amat melucukan apabila situasi berubah di mana lelaki tersebut pula yang mengajak ejen yang dikenali sebagai Shida ini untuk sertainya mengamalkan ilmu hitam. Tonton video di bawah ini.
Penjual Insurans vs Pengamal Ilmu Hitam 😂😭 sumpah aku terhibur dengar call ni https://t.co/MgS0k5AZxH pic.twitter.com/lH8Ct8qcFt
— ALAN KENA SABAR (@IniAlalalannn) September 24, 2025
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen begitu terhibur apabila mendengar usikan daripada lelaki tersebut, biarpun pemilik suara dan maklumat kejadian tidak dapat dikenalpasti, ramai yang terhibur dengan cara lelaki ini menepis dan mengelak desakan segelintir ejen insurans yang suka ‘menekan’ ini.
Sumber : X