in

“Saya tak sampai hati nak bagitahu” – 3 Bulan Berlakon Pergi Kerja, Suami Pendam Perit Dibuang Kerja Sebab PKP Demi Jaga Hati Isteri

Buang4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada perkara yang kita boleh kongsi dengan pasangan dan ada juga yang membuat tindakan untuk pendam sahaja supaya tak nak orang tersayang kita ini susah hati, siapalah yang sanggup bila tengok diaorang macam ni kan?


Biarlah insan tersebut simpan keperitan tu sorang-sorang bagi menjaga hati supaya tak nak diri sendiri rasa serba salah macam kes si suami ini.

Sebagai ketua keluarga dia memilih untuk simpan sendiri keperitan yang dialami selama 3 bulan selepas dibuang kerja tanpa notis akibat pandemik ini.

 

3 bulan ‘tipu’ isteri kata pergi kerja padahal….

Lebih perit lagi, dia terpaksa berlakon pergi ke kerja sepanjang tempoh 3 bulan itu demi mengaburi mata isterinya supaya nampak kehidupan mereka seperti biasa.

Ketika dia menghubungi Suria FM pagi semalam, dia menjelaskan bahawa dia akan pakai baju kerja seperti biasa padahal dah simpan baju lain di motor.

Setiap kali pagi-pagi bila saya keluar pergi kerja, saya keluar bawa motor tapi saya tak bagitahu dia yang saya dibuang kerja sebab saya rasa serba salah nak bagi tahu sebab saya tak sampai hati nak bagitahu.”

Sepanjang 3 bulan dia berlakon itu, si suami ini hanya melakukan kerja upah harian untuk menampung hidupnya sekeluarga.

Perkongsian itu didengar oleh netizen dan kongsikannya di Twitter.

Pun begitu, sepanjang 3 bulan struggle, dia tidak berputus asa mencari peluang pekerjaan lain dan alhamdulillah pada 14 September lepas, dia dah mendapat pekerjaan baru.

Alhamdulillahh nak dijadikan cerita, 14 haribulan 9 saya dah dapat kerja saya dapat interview, saya bagi tahu kat isteri saya tapi dibuang kerja saya tak bagitahu.”

Ianya didedahkan menerusi rakaman video penyampai radio Ajak, Issey dan Fizi Ali ketika ianya sedang keudara.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki pendengar ini. Tabah betul ??

Posted by Suria FM on Isnin, 28 September 2020

Kisah peritnya ini telah meruntun hati netizen, ada yang menceritakan situasi yang sama dan ada juga memuji dengan ketabahan lelaki tersebut menerusi tweet viral yang meraih sehingga 40K jumlah perkongsian sejak dimuat naik semalam.

 

Saya boleh relate dengan bro tu – Netizen

Suria Suria2 Suria3

Akhir kata daripada lelaki tersebut, atas apa yang dia dah lalui, dia berharap agar orang yang senasib dengannya terus tabah dan jangan putus asa kerana Allah selalu ada.

 

Baca : Dibuang Kerja Sebab COVID-19? 1,000 Lot Niaga Bakal Diberi Kepada Golongan Muda

Buang 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.