in

“Saya tak mati tapi hanya dramatik” – Kedai Haiwan Peliharaan Terpaksa Pasang ‘Sign’ Untuk Burung Pandai Berlakon

Burung Berlakon Mati E1660370696323

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau semalam Lobak Merah ada melaporkan tentang aksi seekor kucing yang seolah-olah merajuk apabila Apollo yang dipeluknya diambil orang, kali ini, min nak kongsikan pula kisah seekor burung kakaktua yang sangat pandai berlakon sampai pemilik kedai haiwan terpaksa pasang ‘sign’ untuk menjelaskan situasi sebenar.


1 Screenshot 2022 07 16 At 124021 E1658027106999

Dikongsikan di laman TikTok pengguna @eloahjones, dapat dilihat seekor burung Conure iaitu sejenis spesies burung kakaktua berwarna kuning terbaring terlentang dengan kakinya di atas.

Menurut tuan video, ramai pelanggan yang datang ke kedai haiwan yang menempatkan burung kakaktua tersebut panik dan menyangka haiwan itu telah mati kerana perlakuannya. Walau bagaimanapun, sebenarnya, haiwan berkenaan tidak apa-apa dan memang gemar berlakon pura-pura mati.

Disebabkan itu, pemilik kedai haiwan terbabit ada menampal ‘sign’ yang tertulis:

“Jangan risau. Saya tak mati tapi hanya dramatik. (Saya suka berlakon untuk perhatian.”

Korang boleh tengok video tu kat bawah:

@eloahjones

Same #fyp

♬ When Worlds Collide – Spongebob Squarepants

Setakat artikel ini ditulis, video di atas sudah meraih lebih 14 juta tontonan. Rata-rata pengguna TikTok pula nyata terhibur dengan telatah burung itu. Tak kurang juga ada yang kagum dengan bakat yang dimilikinya sebab sekali pandang, memang betul-betul nampak macam burung tu dah mati.

Tuan video terbabit juga ada memuat naik video kedua yang menunjukkan burung kakaktua terbabit berbaring terlentang sendiri.

@eloahjones

Reply to @serendipity7103 I rlly need someone experienced to go save him & give him the best home PLEASE?

♬ original sound – Eloah Jones

Menurut seorang pengguna TikTok, anak perempuannya bekerja di kedai haiwan peliharaan yang menempatkan burung terbabit dan memberitahu burung berkenaan memang sangat manja dengan staf di situ.

Meskipun begitu, ada juga pengguna TikTok lain mengingatkan orang ramai supaya berfikir masak-masak jika mahu mengambil burung berkenaan sebagai haiwan peliharaan kerana menurut mereka burung kakaktua spesies itu banyak penjagaannya.

Sumber: TikTok @eloahjones

Baca: “Patutlah debab” – Netizen Terhibur Tengok Kucing Peluk Erat Apollo, Merajuk Bila Ada Yang Ambil

1Kucing E1658026172427

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.