Covid-19 ini memang satu jenis virus yang senang untuk dijangkiti sebab virus ini disebarkan melalui udara. So, memang senang sangat la nak menjangkiti manusia. Lagi katanya Malaysia bakal alami gelombang keempat Covid-19 kalau kita tak patuh SOP yang sedia ada.
Baru-baru ini, ada sorang lelaki warga Jordan telah menceraikan isterinya kerana dipercayai isteri tersebut telah tiga kali dijangkiti wabak Covid-19 dalam tempoh beberapa bulan lalu. Amboi, sampai tiga kali weh!
Menurut Gulf News, lelaki itu menceraikan isterinya selepas 15 tahun berkahwin kerana ingin memberi hukuman kepada wanita itu atas kecuaian dirinya yang dijangkiti wabak Covid-19 beberapa kali.
“Dia selalu keluar membeli-belah bersama kawan-kawan tanpa menghiraukan keadaan wabak Covid-19 yang agak merisaukan di negara ini.”
Lelaki itu juga mengatakan yang dia tidak akan berbaik semula dengan bekas isterinya itu walau apa sekali pun yang terjadi.
“Saya tak mahu mati kerana kecuaian dia.”
Menurut portal itu juga, Jordan kini menyaksikan kenaikan jumlah pesakit Covid-19 yang makin mendadak sejak kebelakangan ini. Dengan kepadatan penduduk seramai 10 juta orang, negara itu telah merekodkan hampir 700 ribu kes dengan jumlah kematian hampir 8 ribu orang. Sementara itu, hampir 600 ribu orang yang dilaporkan sudah sembuh daripada Covid-19 di negara itu.
Korang kalau tak ada urusan penting, duduk je rumah tau. Kes dekat Malaysia pun sekarang dah naik empat angka. Kalau terpaksa keluar, make sure patuhi SOP ye.
Sumber: Gulf News