in

“Kuasa tuhan yang satukan kami” – [VIDEO] Demi Anak, Wanita Kahwin Semula Dengan Bekas Suami Lepas Bercerai Selama 10 Tahun

Fi Kawin 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam sebuah hubungan, pasti akan diuji dengan pelbagai masalah yang datang tak kira dengan apa cara sekalipun.


Namun, akan ada sesebuah masalah itu yang memilih perpisahan sebagai jalan yang terbaik.

Seakan sama dengan kisah yang nak dikongsi kali ini, tentang seorang wanita yang berkahwin semula dengan bekas suami selepas lama berpisah.

Selepas 10 tahun

Kalau dah jodoh tak kemana, itu saja kata-kata yang boleh diungkap tentang kisah ini.

Demi anak, seorang wanita menemui cintanya semula apabila dia berkahwin dengan seorang lelaki yang tak asing lagi dari hidupnya.

Apa yang menarik adalah, lelaki itu merupakan bekas suaminya 10 tahun yang lalu dan juga ayah kandung kepada anaknya.

Selain itu, wanita itu turut berkongsi bahawa perkahwinan terdahulu tidak bertahan lama. Tapi siapa kita nak lawan kuasa Tuhan, mereka disatukan semula selepas lama berpisah.

@arnieyusoff

#repost “Kembali Terjalin” Setelah berpisah 10 tahun, kuasa Allah menyatukan kami. Tak jangka dek akal, hanya Allah tempat bergantung harap❤️❤️ #fyp

♬ original sound – MVM Music – MVM Music

Perkongsian ini baru saja dimuat naik semalam namun telah tular di aplikasi TikTok. Sehingga kini, ia nya telah memperoleh hampir 19 ribu tontonan.

 

2009 pernah berkahwin, tapi tak bertahan lama

Dikhabarkan, mereka pernah berkahwin pada tahun 2009 dan mendapat seorang cahaya mata lelaki. Namun, perkahwinan tersebut hanya bertahan selama setahun lebih dan mereka bercerai pada tahun 2011.

@arnieyusoff

Selepas 10 tahun, kami bersatu kembali.. kuasa Allah SWT ??

♬ Cinta Luar Biasa – Andmesh

 

“Adly, ibu kembalikan ayah awak”

Setelah 10 tahun lama membawa haluan masing-masing mereka bersatu semula pada 20 Mac yang lalu.

Namun apa yang menarik perhatian ramai, penyatuan mereka ini adalah untuk kebaikan demi memberikan kasih sayang keluarga yang lengkap kepada anak mereka.

@arnieyusoff

After 10 years, ibu kembalikan ayah awk.. berbahagialah syg❤️❤️❤️

♬ original sound – MVM Music – MVM Music

“Kuatnya jodoh sis”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira dengan kisah ini. Ramai yang tidak menyangka perkara macam ni boleh berlaku dan mendoakan supaya mereka kekal hingga ke jannah.

Reak Kawin 1 Edit 1

Reak Kawin 2 Edit 2

Reak Kawin 3 Edit 2

Reak Kawin 4 Edit 2

Seronok je tengok bila anak dia senyum macam tu, sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka.

 

Baca : Simple tapi meriah – Pasangan Buat Majlis Kahwin Kos RM6k Je! Baju Sempoi Beli Kat Shopee

Foot Kawin 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.