in

“Saya tak kisah andai jadi bahan gelak tapi jangan hina isteri saya” – Nadzmi Jelaskan Isterinya Menggigil Sebab…

Cincin4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ahad lepas, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana telah diijabkabulkan, tapi ada pula yang tak senang pasal hari bahagia mereka ini.


Nadzmi dan Ardell yang sebelum ini berkawan baik, diaorang ni sangat akrab masa berkawan, tapi suasana berubah dan masing-masing tersipu malu selepas mereka dah akad nikah.

 

Jangan gelar isteri saya minah gigil , perempuan parkinson , perempuan cacat serta saya tak kisah andai ada yang buat parody saya & isteri untuk menjadi bahan gelak tawa nitizen, cuma jangan HINA isteri saya”

Itu lah sebabnya netizen jadi bitter bila tengok saat Nadzmi nak sarungkan cincin nikah kepada Ardell. Ardell dilihat menggigil dan gementar pada saat itu dan netizen meluat sebab masa mereka berkawan boleh bertepuk tampar, mereka dilabel hiprokit.

Bagaimanapun ada yang membela mereka, isu itu semakin mereleret di media sosial hingga kini. Memandangkan terlalu banyak tohmahan yang mereka terima. Nadzmi akhirnya buka mulut dan menjelaskan keadaan Ardell yang sebenar.

Ardell sebenarnya mengalami anxiety dan depression yang agak teruk. Itu sebab lah dia tak dapat nak kawal rasa gementar saat dia disarungkan cincin.

Baca penjelasan dia kat sini

 

View this post on Instagram

Assalamualaikum semua terima kasih atas doa semua tak terbalas saya. Ada sedikit yang ingin saya kata kan ?. Sebelum ini telah tular video yang mana saya sedang menyarungkan cincin kepada isteri saya dan isteri saya menggeletar tangannya dan hampir sesak nafas. Untuk pengetahuan semua isteri saya mengidap anxiety serta deppresion yang agak teruk sebelum ni. Dan masih lg dalam proses treatment/pemulihan. Anxiety boleh terjadi bila bila masa sahaja pada isteri saya bukan hanya pada hari pernikahan kami malah dari sebelum ini lagi , apabila terlalu ramai dihadapan nya isteri saya terlalu terkejut sehingga menyebabkan panic attack. Yg boleh mengakibatkan black out , pitam , sesak nafas. Sejujurnya selama kami berkawan kami banyak berjumpa kerana kami buat kerja yang sama dalam tailoring & design. Perasaan berkawan & perasaan bergelar suami isteri itu jauh beza nya , dan saya pasti detik itu detik yang terlalu berbeza setelah akad dilafaz . Pada hari pernikahan kami berdua memang sangat awkward dihadapan orang ramai untuk sesi batal air sembahyang. Gugup berhadapan org ramai. Semua perasaan lega, takut, gembira, dan sedih bergabung yg menyebabkan kami mengigil untuk masuk ke fasa baru dlm hidup kami , dan keadaan pada waktu itu seperti semuanya berubah. Kami tidak mampu menghentikan kata-kata negative dari setengah nitizen , tp sy berharap tolong doakan yg baik2 dan jgn timbulkan spekulasi sekiranya tidak tahu apa apa atau tidak berada di majlis kami . Sedaya upaya sy dan family kami cuba naikkan semangat isteri sy sehingga kami berjaya tempuh pelbagai dugaan hingga ke detik bahagia ini. Kami bukan manusia sempurna, kami cuma manusia biasa yg ade hati. Sebagai seorang suami , Tolong ?? jaga hati isteri saya & jangan gelar isteri saya minah gigil , perempuan parkinson , perempuan cacat serta saya tak kisah andai ada yang buat parody saya & isteri untuk menjadi bahan gelak tawa nitizen, cuma jangan HINA isteri saya . Saya mohon jaga lah hati kami suami isteri , family mertua sy dan family sy. Segala yg buruk datang dr kami, yg baik datang dr Allah SWT. Terima kasih utk doa yg baik2 dan terima kasih juga utk yg sebaliknya ?. #adhwardell ❤️

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on

Jadi, tak perlu lah nak hina kebahagiaan orang. Kita tak nampak situasi sebenar mereka, jadi apa kata kita doa yang baik-baik untuk mereka.

 

Baca : “Masa tak kawin elok je bertepuk tampar” – Netizen ‘Bitter’ Lihat Nadzmi & Ardell Malu-Malu Sarung Cincin Kahwin?

Cincin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.