in

Saya Tak Curi Data 1MDB Atau Peras Ugut – Justo

Page Justo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kes 1MDB disiasat, ramai yang mula buka mulut dan mendedahkan satu persatu mengenai firma pelaburan yang diasaskan semasa pentadbiran bekas PM, Najib Razak itu.


Bekas pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo sebelum ini pernah membuat pendedahan apabila membocorkan e-mel PetroSaudi sebelum ini. ‘Fasa PetroSaudi’ adalah fasa pertama dari empat fasa di mana dana 1MDB dipercayai dialihkan.

Justo
sumber: malaysiakini

Sarawak Report adalah pihak pertama yang mendedahkan urus niaga ini berdasarkan maklumat yang dibocorkan Justo dan masa itu penuh dengan keraguan. Malangnya, dia telah ditahan dan dipenjarakan selama tiga tahun pada tahun 2015 kerana memeras ugut bekas majikannya.

Walau bagaimanapun, menurut Malaysiakini, Justo telah menegaskan dia tidak pernah mencuri sebarang data 1MDB daripada bekas majikan mahupun memeras ugutnya.

Dia juga memberitahu pengakuan yang ditandatanganinya ketika dalam tahanan dibuat selepas mendapat tekanan. Dalam wawancara yang sama, dia menjelaskan mendapat salinan e-mel sebagai ‘insurans’ ketika berhenti daripada syarikat tersebut pada 2011.

Katanya, Petrosaudi telah diberi sejumlah 1 bilion AS Dolar daripada 1MDB sebagai usahasama yang dijalankan pada 28 September 2009 dan dia sendiri telah merasakan sesuatu yang tidak kena dengan kerjasama tersebut dan hanya menyimpan e-mel tersebut bagi membuktikan dia tidak terlibat dengan perkara itu.

Download 2
sumber: fmt

Selain itu, Justo juga mengatakan syarikat PetroSaudi tidak mempunyai sebarang perniagaan yang melibatkan bilion dolar dengan mana-mana pihak kerana merupakan syarikat palsu yang tidak mempunyai aktiviti atau melakukan perniagaan yang betul.

“Putera Turki adalah pemegang sahamnya tetapi syarikat itu tidak pernah ada sebarang hubungan rasmi dengan keluarga Saudi, medan minyak atau firma minyak Saudi. Mereka mempunyai nama yang sangat bagus. Itulah aset utama mereka.”

Sementara itu, sebelum ini, Justo dah memberikan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan seorang pemilik media di Malaysia salinan sebanyak 230,000 e-mel secara percuma.

Macam tu rupanya…

Baca: Lapor 1MDB ke FBI

Khairudin 758X399 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.