Beberapa hari yang lepas telah berlangsungnya Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan tagline utama mereka #YangFreshYangLegend. Shiha Zikir telah membawa pulang trofi anugerah Top Top MeleTOP kategori perempuan. Wah, tahniah Shiha!
Sedih nama bapa selalu dibuat bahan gurauan
Namun terbaharu, penyanyi ini tidak dapat menyembunyikan rasa sedih apabila nama ‘Zikir’ telah menjadi bahan gurauan netizen, lapor Astro Gempak.
Bagaimanapun menurut Shiha, dia kini belajar untuk tidak cepat melenting dan sabar dengan sikap tak matang netizen yang mempersendakan nama arwah bapanya.
Dulu ambil hati, sekarang tidak lagi
Penyanyi versatil ini juga memaklumkan yang dia tidak akan lagi ambil hati seperti sebelum-sebelum ini kerana kalau diikutkan, orang yang bergurau sebut nama bapa beliau sahaja sudah cukup untuk membuatkannya marah.
Dia turut terkilan apabila ada netizen mempersoalkan dirinya yang tidak bertudung dan mengaitkannya dengan nama arwah bapanya.
“Orang cakap kau macam ni tiba-tiba pakai nama Zikir, dah la free hair” – Shiha
Sebagai anak, Shiha menjelaskan penggunaan nama Zikir dalam nama pentasnya membuatkan dia berasa lebih dekat dan menghargai arwah bapa kesayangannya. Menurutnya lagi, dia masuk ke industri sebab mahu rasa lebih dekat dengan arwah.
Tambah Shiha lagi, perkara yang melibatkan komen negatif terutama di media sosial bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana kita tidak mengetahui tentang apa seseorang itu lalui.
Dengan sesiapa pun, kita jangan sesekali persenda nama orang! Tak beradab namanya tu!
Baca: “Parodi terbaik tahun ni” – Netizen Terhibur Bila Shiha Zikir Buat Parodi Kahwin Kak Lina PomPom”