in

“Saya sendiri tak tahu, mungkin betul mungkin tak” – TS Muhyiddin Persoal Jumlah Ahli Parlimen Yang Sokong Anwar

Cc 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut politik yang melanda negara kita semakin hari semakin membara lebih-lebih lagi selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau telah mendapat sokongan majoriti dari Ahli Parlimen dan mengganggap kerajaan sedia ada telah ‘jatuh’.


Namun sehingga ke hari ini tiada maklumat lanjut berkenaan jumlah sokongan dari ahli parlimen. Malah pelbagai kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh parti-parti politik menambahkan lagi keraguan orang ramai.

C1 3 2

 

Berapa ramai ahli parlimen yang sokong Anwar? – Muhyiddin Yassin

Terbaharu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya ‘buka mulut’ berkenaan isu ini dan mempersoalankan kenyataan dari Anwar Ibrahim.

C 4 3

 

Semasa berucap pada majlis rapat umum dan semarak Perikatan Nasional (PN) di Tambunan, Sabah hari ini, beliau mendakwa Anwar gagal menyatakan jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya serta tidak mengemukakan sebarang akuan bersumpah (SD).

“Dia (Anwar) buat kenyataan dan apabila kita tanyakan siapa yang sokong dia dan siapa yang telah memberikan SD untuk menyokong dia, dia tidak menjawab, dia kata tunggu lagi,”

“Tetapi setakat hari ini saya sendiri pun tidak tahu, kenyataan itu mungkin betul mungkin tidak.”

 

Kerjaan sedia ada masih mendapat sokongan kuat 

Tambah beliau, kesemua Ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga telah menyatakan sokongan kepada kerajaan pimpinannya dan beberapa Ahli Parlimen daripada UMNO yang dikatakan menyokong Anwar juga telah menafikan penglibatan mereka.

“Dalam beberapa hari selepas pengumman (Anwar) itu banyak kenyataan daripada Ahli Parlimen UMNO yang menafikan,”

“Dengan jawapan yang menafikan itu, saya menjadi lebih ragu-ragu lagi adakah ia betul atau hanya kenyataan politik.”

71600181853 Tansrimuhyiddinya

Muhyiddin juga memberitahu bahawa beliau telah merujuk perkara itu kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan dimaklumkan yang beliau masih lagi Perdana Menteri.

“Mungkin apabila Yang di-Pertuan Agong sudah ditunjukkan bukti (sokongan) kalau ada, maka tentu Agong titah supaya saya menghadap baginda tetapi sampai sekarang saya tidak dipanggil (Istana).”

Sumber: Astro Awani

 

Baca: “Anwar tak mungkin jadi PM”- TS Annuar Musa Gesa PRU Mengejut, Biar Rakyat Yang Buat Pilihan

Cc 15

Sumber: Penang Kini
Sumber: Astro Awani
Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.