in

“Anwar tak mungkin jadi PM”- TS Annuar Musa Gesa PRU Mengejut, Biar Rakyat Yang Buat Pilihan

Cc 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kita digemparkan dengan ‘pengakuan berani mati’ dari Presiden PKR yang mendakwa dirinya telah mendapat sokongan majoriti daripada ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.


Capture 6 4

Walau bagaimanapun, kenyataan ini diselar oleh pelbagai pihak termasuk ahli politik. Semalam YB Khairy Jamaluddin ada mengatakan kerajaan masih kukuh dah tiada yangg ‘jatuh’ seperti apa yang didakwa oleh DS Anwar.

Tidak ketinggalan, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa juga telah bersuara berkaitan isu ini.

Dalam satu posting di Twitter miliknya, beliau menegaskan bahawa Anwar Ibrahim tidak akan berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri waima dia mendapat majoriti besar dari anggota parlimen sekali pun.

Pada masa sama, beliau juga meminta agar KDYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen agar Pilihan Raya Umum (PRU) boleh dilaksanakan dalam kadar segera.

PRU ini juga akan memberi semula mandat kepada rakyat untuk memilih semula pemimpin mereka.

C2 1 6

 

Jadi korang setuju ke untuk buat PRU dalam masa terdekat. Min pun dah pening dengan politik Malaysia sekarang ni.

Baca: “Saya dapat sokongan penuh” –  Kenyataan Anwar Ibrahim Cetus Kekeliruan Ramai

Ft Anwar 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.