in

“Saya selamanya bersyukur” – KJ Dedah Pernah Dibantu Tun Daim, Jadi Penyampai Berita NTV7 Tahun 1998

Khairy Tun Daim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Beliau yang berusia 86 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta sejak dua minggu lalu.


Whatsapp Image 2024 11 13 At 11.44.08

Figura yang pernah mewarnai arena politik negara ini disegani ramai dan menjadi inspirasi kepada mereka yang terlibat dalam bidang politik termasuklah bekas Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin.

Artikel berkaitan: Bermula Sebagai Guru, Kenali Allahyarham Tun Daim Zainuddin Figura Penting Ekonomi Negara

Artikel berkaitan: [TERKINI] Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin Meninggal Dunia Pagi Ini

“Saya selamanya bersyukur” 

Khairy menerusi satu posting di IG story mendedahkan yang dia pernah menjadi penyampai berita di NTV7 pada tahun 1998 bagi sebuah program berita, ‘Dateline Malaysia’.

Ini merupakan pengalaman pertama dalam dunia politik dan diteruskan kini di bawah Keluar Sekejap. 

“Tapi tak ramai yang tahu Tun Daim beri saya pekerjaan itu. Untuk itu, saya akan selamanya bersyukur. Al Fatihah,” katanya.

Img 0567

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah buat arwah. Semoga ditempatkan bersama para solehin. 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.