in

“Saya pura-pura baik depan kamera” – Daud Kim Mengaku Hanya Guna Islam Untuk Populariti

1598467196 Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah mengeluarkan video memberi penjelasan terhadap tuduhan merogol seorang wanita selepas ia tular di media sosial.


YouTuber dari Korea Selatan, Daud Kim tiba-tiba keluar dengan satu lagi video pengakuan yang dimuatnaik tiga hari lalu. Video ini telah mengejutkan ramai peminat-peminat yang menyokongnya.

Dalam video berjudul I’m So Sorry” ini, YouTuber popular ini mendedahkan yang dia telah melakukan banyak benda yang bertentangan dengan ajaran Islam walaupun selepas memeluk Islam September tahun lalu.

Screenshot 2020 09 04 At 11.44.35 Am

Saya minum arak, saya pergi kelab, keluar dengan perempuan. Sebagai Muslim, banyak benda yang tak sepatutnya dibuat, saya buat.

Saya jumpa perempuan melalui aplikasi dating bila saya bercuti ke negara lain. Sambil itu, saya turut lukakan mereka dengan kata-kata dan tindakan saya. Saya minta maaf untuk itu.”

Dalam video berdurasi 7 minit 33 saat ini juga, Daud Kim turut mendedahkan yang dia hanya guna Islam untuk meraih keuntungan.

Daud Kim 1024X576 1

Sebagai YouTuber, saya hanya fikirkan keuntungan dan keseronokan dari memikirkan tentang Islam. Saya juga lagi memilih untuk membuat konten yang menarik dari belajar tentang Islam.

Disebabkan populariti saya, saya jadi sombong dan hanya berlakon macam orang baik depan kamera.

Walaupun saya tahu saya salah, saya tetap buat dosa. Saya bertaubat kepada Allah dan saya minta maaf kepada orang yang telah menyokong saya.”

Tak cukup dengan itu, Daud Kim turut dedahkan yang dia berkahwin tiga tahun lalu dan mempunyai seorang anak lelaki. Namun mengaku dia tak bahagia dengan perkahwinannya dan kini anaknya itu tinggal dengan isterinya.

Daud Kim kemudiannya memberitahu penyokongnya yang dia kini sedar dengan kesilapannya dan kini dia sedang belajar untuk menjadi Muslim yang lebih baik.

Diakhir videonya, Daud Kim turut mengatakan yang dia akan berehat dari media sosial dan mengambil masa untuk refleksi dirinya.

Korang boleh tengok video penuh dekat bawah ni:

Baca: “Mulanya saya ingat saya tak buat, tapi…” – Daud Kim Minta Maaf Lepas Video Bukti Dia Rogol Wanita Tersebar

Screenshot 2020 09 04 At 11.50.12 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.