in

“Saya pakai 4×4” – Khairul Aming Dedah Tidak Lagi Pakai Kereta Bezza

Khairul Aming Tidak Pakai Bezza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai mengagumi sifat tidak mementingkan kemewahan yang ditonjolkan oleh Khairul Aming dan semua orang tahu pempengaruh ini menggunakan kereta jenis Perodua Bezza sebagai kenderaan harian.

Namun baru-baru ini, pempengaruh yang berasal dari Kelantan itu mendedahkan bahawa dia tidak lagi menggunakan kenderaan tersebut, sebaliknya menukar kepada kenderaan baharu.


“Masih pakai Bezza ke? Tak… saya pakai 4×4. Bezza itu adik saya yang ambil.

“Dia dah modify Bezza saya itu jadi macam nak pergi racing walaupun adik saya perempuan,” katanya yang menjawab persoalan netizen dalam satu sesi live di TikTok.

Ekoran itu, Khairul Aming berharap orang ramai tidak lagi bercakap tentang dirinya memakai kenderaan terbabit.

“Saya tak pakai Bezza dah, tolonglah berhenti cakap bagusnya KA masih pakai Bezza walaupun dah keluar duit untuk Rembayung. Bezza itu dah lama saya bagi dekat adik,” katanya.

Artikel berkaitan: “KA pun pakai Bezza tau” – Ramai Kongsi Story Selalu Kena ‘Judge’ Sebab Pakai Kereta Murah

Artikel berkaitan: “Duit takkan pernah cukup” – Ini Respon Khairul Aming Bila Disoal Kenapa Tak ‘Upgrade’ Gaya Hidup

Pada masa yang sama, dia turut menjelaskan kekeliruan apabila terdapat sebuah kereta Bezza berwarna biru dilihat diparkir di hadapan restoran miliknya, Rembayung, sehingga disangka miliknya.

“Cuma hari itu ada staf saya parkir kereta Bezza biru depan Rembayung, itu bukan kereta saya. Itu kereta staf saya, saya tak akan pilih warna itu,” selorohnya.

@cheqmanes

#khairulaming dah pesan tu… #tipsbisnes #tipsbisnesonline

♬ suara asli – SANDIKAWEK – user57134740961

“Peniaga memang lebih sesuai pakai 4×4”

Rata-rata netizen di ruangan komen memuji sikap rendah diri usahawan itu meskipun telah mencapai kejayaan besar dalam bidang perniagaan.

Screenshot 2025 12 22 144634 Screenshot 2025 12 22 144658 Screenshot 2025 12 22 144718

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.